Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Jabatan Obstetrik & Ginekologi

  • Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Melaka bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang berkualiti, professional, adil dan saksama dengan berpandukan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 dan Persijilan Akreditasi. Khidmat Kepakaran Kebidanan dan Sakit Puan yang diberi merangkumi perawatan para pesakit di negeri Melaka dari Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin, juga termasuk Selatan Negeri Sembilan dan Utara Johor.
     
    Jabatan ini mempunyai 5 wad iaitu Wad Aras 3-2, 3-3 dan 3-4 yang menempatkan pesakit antenatal dan postnatal berisiko tinggi, Wad Aras 3-1 yang menempatkan pesakit ginekologi dan A3 yang menempatkan pesakit postnatal berisiko rendah dan ginekologi.
     
    Kamar Bersalin yang mempunyai 16 bilik untuk ibu-ibu bersalin ditempatkan di aras 2, empat bilik daripadanya digunakan untuk perawatan proses induksi bersalin kes-kes yang berisiko tinggi dan 4 lagi bilik digunakan sebagai High Dependency Unit (HDU) untuk pemerhatian rapi kes-kes berisiko tinggi. Ianya juga dilengkapi dengan satu bilik pembedahan (OTM).
     
    Klinik Obstetrik dan Ginekologi pula terletak di Kompleks Klinik Pakar, Aras 1. Perkhidmatanpesakit luar di Klinik Pakar O&G beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat untuk kes–kes rujukan dan susulan Antenatal, Postnatal, Sakit Puan, Combined Clinic, Pre-Pregnancy Clinic, Maternal-Fetal Medicine Clinic, Gynae-Onco Clinic, Uro-Gynae Clinic, Infertility Clinic, Menopause Clinic, Kelas Pendidikan Pesakit dan Kelas Peneman.
     
    Semenjak tahun 2019 sehingga kini, Hospital Melaka telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Setiap ibu hamil yang datang untuk mendapatkan rawatan Antenatal di klinik O&G dan yang melahirkan bayinya di Hospital Melaka akan dipastikan mendapat ilmu dan kemahiran menjayakan penyusuan bayinya.
     
     
     
    kemaskini pada 27 Mei 2025
  • VISI

    Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Melaka memfokuskan perkhidmatan cemerlang dan berkualiti berasaskan nilai – nilai murni melalui kerja berpasukan ke arah keselamatan dan kepuasan pelanggan.


    MISI

    • Menyediakan perkhidmatan perubatan untuk ibu-ibu hamil dan pesakit ginekologi secara menyeluruh berteraskan budaya korporat, penyayang, berpasukan dan profesionalisme.
    • Perkhidmatan secara teknologi tinggi bersesuaian dengan kehendak pelanggan, kebudayaan dan keperluan sosial masyarakat.

     

    kemaskini pada 27 Mei 2025

  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti serta berkesan kepada pelanggan-pelanggan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi

    Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu mengandung supaya lebih yakin semasa
    menghadapi saat bersalin.
    Mengurangkan kadar kematian ibu – ibu mengandung dan bayi sejajar dengan matlamat
    Kementerian Kesihatan Malaysia.
    Menyediakan khidmat kaunseling kepada wanita – wanita yang menpunyai masalah sakit
    puan seperti barah, endometriosis, kesuburan, monopos dan sebagainya.
    Membantu Kerajaan dalam usaha memberi kesedaran dan kefahaman kepada kaum
    wanita tentang kepentingan pencegahan penyakit terutamanya barah pangkal rahim.
    Semua ibu – ibu yang bersalin di Hospital Melaka digalakkan menyusu bayi mereka
    dengan susu ibu sepenuhnya.

     

    kemaskini pada 27 Mei 2025

    • Maternal-Fetal Medicine unit
    • Gynae-Oncology unit
    • Uro-Gynaecology unit

     

    kemaskini pada 27 Mei 2025

  • Skop perkhidmatan yang dijalankan oleh Jabatan Obstetrik dan Ginekologi adalah seperti berikut:-
      1. Memberi perkhidmatan pesakit dalam wad
      2. Memberi perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar O&G
      3. Menjaga ibu–ibu hamil (Antenatal)
      4. Mengendali kelahiran bayi di Hospital
      5. Menjaga ibu selepas bersalin (Postnatal) dan bayi
      6. Memberi permulaan imunisasi bayi
      7. Menjaga awal kehamilan ‘Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)’
      8. Menjaga wanita yang bermasaalah sakit puan (Ginekologi)
      9. Memberi perkhidmatan fertility asas
      10. Memberi perkhidmatan Maternal-Fetal Medicine unit
      11. Memberi perkhidmatan Gynae-Oncology unit
      12. Memberi perkhidmatan Uro-Gynaecology unit
      13. Mengurus perlaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Unit Laktasi
      14. Memberi perkhidmatan Kluster O&G di Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah
     
     
    kemaskini pada 27 Mei 2025
  • 1. Perkhidmatan Fertility Asas

    Pasangan yang mengalami isu fertility boleh mendapatkan perkhidmatan fertility asas seperti ujian darah, Hysterosalpingography (HSG), ujian air mani, Intrauterine Insemination (IUI). Untuk kes – kes yang rumit, kita merujuk ke hospital yang mempunyai subkepakaran Infertility seperti untuk tujuan persenyawaan in vitro (IVF).

    Pasangan yang ingin menjalani rawatan fertility dikehendaki mendapatkan rujukan daripada klinik kesihatan atau hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, atau pihak swasta.

    2. Perkhidmatan Maternal-Fetal Medicine unit
     
    Kita mempunyai in-house subkepakaran Maternal-Fetal Medicine di mana Unit MFM memberi penjagaan optimum untuk pesakit obstetrik berisiko tinggi. Tempahan temu janji dikehendaki melalui klinik Antenatal Hospital Melaka di mana kes mesti dibincangkan dengan pakar atau perunding sebelum rujukan ke Unit MFM.

    3. Perkhidmatan Gine-Onkologi unit
     
    Kita memberi perkhidmatan kepada pesakit Ginekologi yang dirujuk terutama kes kanser sistem peranakan wanita (Rahim, Serviks, Ovari, Vulva dan Vagina) melalui kerjasama dengan lawatan subkepakaran Ginae-Onkologi Hospital Ampang. Kita memberi perkhidmatan yang merangkumi pengesanan awal, saringan kanser, pembedahan serta kemoterapi kepada pesakit. Manakala kes – kes yang memerlukan rawatan radioterapi dirujuk ke institusi yang memiliki kemudahan, kepakaran radioterapi. Selain itu, kita juga memastikan pesakit yang telah disahkan menghidap kanser Ginekologi mendapat sokongan dengan penglibatan unit lain (Unit Paliatif, Unit Dietetik, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Farmasi).

    4. Perkhidmatan Uro-Ginekologi unit
     
    Kita menyediakan penjagaan optimum untuk wanita yang mengalami disfungsi lantai pelvik termasuk inkontinensia kencing dan dubur, prolaps organ pelvis, kecederaan sfinkter dubur obstetrik (Obstetrics Anal Sphincter Injuries - OASIS), buang air kecil, buang air besar dan disfungsi seksual melalui kerjasama dengan lawatan subkepakaran Uro-Ginekologi Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.

    5. Perkhidmatan Kluster O&G di Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah
     
    Dengan kerjasama daripada Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah, kita memberi perkhidmatan sakit puan yang berkualiti dalam semua aspek yang meliputi penyaringan, ketepatan diagnosis, keberkesanan pengurusan perawatan dan pencegahan yang sistematik. Kita memberi perkhidmatan diagnostik dan rawatan kepada pesakit luar dan dalam.

    Klinik Pakar Pesakit Luar di Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah beroperasi pada waktu pejabat mengikut jadual telah ditetapkan. Kita juga memberi perkhidmatan pembedahan di Hospital Alor Gajah di mana hanya bertumpu kepada elektif kes seperti pembedahan ‘Caesarean Section’ dan pembedahan Ginekologi Minor, mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    6. Perkhidmatan Kursus Peneman Ibu Bersalin
     
    Kita memberi perkhidmatan kursus peneman ibu bersalin kepada pasangan yang ingin menjalani proses kelahiran bayi mereka bersama. Untuk makluman semua, pasangan wajib menghadiri kursus peneman yang dianjurkan oleh Jabatan Sakit Puan Hospital Melaka atau Klinik- Klinik Kesihatan Daerah Melaka bagi membolehkan para suami atau bakal bapa yang ingin menemani isteri mereka di kamar bersalin Hospital Melaka dan seterusnya melihat proses kelahiran bayi mereka. Sekiranya pasangan telah menghadiri kursus peneman dianjurkan di luar Melaka, mereka perlu membawa bukti kehadiran kursus tersebut.

    Untuk maklumat lanjut serta temu janji kursus peneman di bawah Hospital Melaka, sila hubungi kita di talian 06-2892640 (Klinik Pakar Sakit Puan).

    7. Perkhidmatan Virtual Clinic
     
    Bagi tujuan mengurangkan bebanan pesakit serta kesesakan Klinik Pakar, kita menyediakan perkhidmatan Virtual Clinic sejak tahun 2024. Kita memberi perkhidmatan secara telekomunikasi (panggilan telefon) yang dirancang di antara doktor dan pesakit yang bersesuaian dengan kriteria skop perkhidmatan Klinik Virtual bagi mendapatkan konsultasi klinikal serta pelan rawatan pelanggan.
     
    kemaskini pada 27 Mei 2025

Jabatan Pergigian Pediatrik

  • Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Melaka ditubuhkan buat kali pertamanya pada Januari 2007 dengan seorang Pakar Pergigian Pediatrik dan seorang Pembantu Pembedahan Pergigian. Jabatan ini memberi perkhidmatan kepada bayi dan kanak-kanak yang dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik dari dalam dan luar Negeri Melaka. Kepakaran ini telah memperluaskan skop perkhidmatan termasuk perkhidmatan kluster di Hospital Alor Gajah bermula tahun 2018 diikuti Klinik Pergigian Kuala Sungai Baru pada tahun 2022.
     
    Setelah 18 belas tahun,Jabatan ini telah memperolehi sebuah bangunan baru di bawah projek Pembangunan RMK-10 dan telah memulakan operasi klinikal dan pentadbiran di bangunan baru secara rasminya pada 15 Februari 2025. Premis baru ini dilengkapi 5 surgeri pergigian (pakar dan pegawai),mesin intraoral x-ray, bilik utiliti dan sterilisasi, bilik kaunseling pesakit dan ruang pemerhatian dan penyusuan bayi. Aras 2 pula menempatkan ruang pentadbiran dan makmal pergigian.Jabatan Pergigian Pediatrik di Hospital Melaka  ditubuhkan pada bulan Januari 2007 dengan penghantaran Pakar Pergigian Pediatrik pertama ke Hospital Melaka pada 3 Januari 2007 iaitu Dr Sa’adah binti Atan. BDS (U.Malaya), M.Clin.Dent. Paeds (London), FDSRCS (England)
     
     
    kemaskini pada 19 Januari 2026
  • VISI

    Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Melaka beriltizam untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan Pergigian Pediatrik yang mampu menyediakan rawatan kesihatan oral yang komprehensif melalui sistem kesihatan yang mampu dibiayai semua lapisan masyarakat, lengkap dengan teknologi terkini dan berorientasikan pendekatan holistik
     

    MISI
     
    Meningkatkan kualiti hidup populasi kanak-kanak melalui promosi kesihatan oral dan penyediaan kesihatan oral yang:
      • Dapat memenuhi keperluan pesakit
      • Mempunyai teknologi yang mencukupi dan terkini
      • Disampaikan oleh kakitangan yang terlatih dengan profesionalisme, bersikap prihatin dan mempunyai semangat kerja berpasukan dalam suasana yang kondusif

     

     

    kemaskini pada 19 Januari 2026
  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan oral yang bersifat promotif, mencegah, merawat dan rehabilitatif kepada pesakit berumur 16 tahun ke bawah, terutamanya kepada pesakit dengan keperluan khas

    Menyediakan rawatan pergigian yang komprehensif dan penjagaan kesihatan oral kepada semua kes rujukan, menjadikan mereka sihat secara oral tanpa sebarang simptom dan tanda-tanda kewujudan penyakit oral yang aktif
    Melibatkan diri secara langsung dalam melatih Pakar Pergigian Pediatrik pra-perwartaan, pelajar tahun akhir Sarjana kepakaran, New Dental Officer Programme, Continuous Dental Education (CDE) para pegawai dan pelaksana, latihan dalam perkhidmatan, program juruterapi pergigian lanjutan (pos basik) program latihan sangkutan Pembantu Pembedahan Pergigian pelatih dan juga program pengajaran jarak jauh
    Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti inisatif kualiti dan kajian seterusnya membuat pembentangan di konferens kebangsaan dan antarabangsa berkaitan perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik

     

    kemaskini pada 19 Januari 2026

    • Berfungsi sebagai pusat rujukan dan rawatan perkhidmatan kepakaran pergigian utama negeri Melaka untuk kes-kes pergigian pediatrik yang melibatkan pesakit kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah yang merangkumi kes-kes Early Childhood Caries, anormali pergigian, klef bibir dan lelangit, perubatan dan patologi mulut, rawatan kecemasan pergigian, tisu lembut dan tulang rahang dan pergigian komprehensif di bawah bius Am kanak kanak berkeperluan khas.
    • Perkhidmatan klinik konsultasi multi-disiplin dengan kepakaran pergigian lain dari kepakaran pembedahan mulut, Ortodontik, Restoratif dan Periodontik. Pengendalian pesakit kanak-kanak multi-disiplin dengan penglibatan semua kepakaran perubatan di Hospital Melaka.
    • Menjadi pusat latihan amali dan sangkutan bagi pelbagai peringkat personel pergigian serta menjalankan aktiviti pendidikan pergigian berterusan untuk semua anggota pergigian Jabatan dan seluruh negeri Melaka
    • Perkhidmatan kluster rawatan pembedahan di bawah Bius Am di Hospital Alor Gajah dan konsultasi pakar di Klinik Pergigian Kuala Sungai Baru.
    • Menjalankan dan menyokong aktiviti insiatif kualiti setiap peringkat Hospital Melaka dan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka.
     
    kemaskini pada 19 Januari 2026
    • Rawatan pergigian kanak-kanak berkeperluan khas termasuk bermasalah perubatan, kelainan upaya fizikal atau masalah pembelajaran.
    • Rawatan restoratif kompleks bagi kes-kes anomali pergigian
    • Rawatan terapi pulpa (endodontik) disebabkan komplikasi karies atau kecederaan pergigian
    • Rawatan kecederaan pergigian, tisu lembut serta tulang rahang
    • Rawatan perubatan serta patologi mulut bayi dan kanak-kanak
    • Rawatan pembedahan tulang dento-alveolar gigi terimpak dan pra-orthodontik
    • Rawatan pergigian komprehensif dan pembedahan mulut di bawah sedasi oral, inhalasi dan bawah Bius Am
    • Kaunseling penyusuan bagi bayi klef bibir dan lelangit
    • Rawatan orthodontic interseptif
    • Rawatan kecemasan pergigian dan tulang rahang di luar waktu bekerja (tugasan atas panggilan)
    • Pembuatan prosthesis oro-fasial: feeding plate, haemostatic splint, splin pelindung, mouth guard.
     
    kemaskini pada 19 Januari 2026

  • 1
  • 2

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01425864
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
669
667
5229
23921
20841
1425864

Toggle Setting Menu