Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat , mesra, penyayang dan berkualiti

1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:
√ Kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta.
√ Kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit.
√ Kes tidak kritikal (Zon Hijau) akan dilihat dalam masa 90 minit.

2. Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan seperti berikut:
√ 80% pesakit dilihat dalam tempoh 60 minit.
√ 100% pesakit dilihat dalam tempoh 90 minit.
√ Keutamaan melalui laluan pantas akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

3. Permohonan Laporan Perubatan akan disiapkan dalam masa 28 hari bekerja (tidak termasuk cuti mingguan dan cuti am) dari tarikh permohonan lengkap diterima. 

4.Perkhidmatan Kaunter Farmasi akan diberikan seperti berikut:
√ Tempoh untuk mendapatkan ubat di Kaunter Farmasi Pesakit Luar adalah dalam tempoh 30 minit.
√ Keutamaan melalui laluan pantas akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.


Misi, Visi & Objektif


Visi

Untuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat terkini.

Misi

Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada masyarakat melalui semangat berpasukan, profesional dan penyayang. Perkhidmatan ini hendaklah memberi tumpuan kepada pesakit, saksama dan mudah diperolehi oleh semua dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian serta personel yang terlatih.

Objektif
  • Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada pesakit,

  • Memberi perkhidmatan kecemasan dan trauma yang efektif, perkhidmatan pesakit dalam serta rawatan harian yang berkualiti,

  • Mempastikan bahawa semua personel perubatan menjalani latihan dan pembelajaran perubatan berterusan,

  • Menjalankan penyelidikan dan audit demi mempertahankan rawatan yang berkualiti.

Dasar Kualiti

  • Hospital Melaka adalah komited untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, cepat dan berkesan supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan dan tahap profesionalisme demi mencapai kecemerlangan pada setiap masa.

 

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01425967
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
772
667
5332
24024
20841
1425967

Toggle Setting Menu