Pilihan Tema : 

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (PERUBATAN) KE HOSPITAL MELAKA

YBhg. Dato' Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Melaka pada 12 April 2022 (Selasa). Lawatan kerja beliau turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka serta Pegawai-Pegawai Kanan JKNM dan Hospital Melaka.

Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan untuk melihat perkembangan perjalanan inisiatif Hospital Kluster di Negeri Melaka yang telah dijalankan sebagai Projek Rintis sejak tahun 2014 di samping untuk bersemuka dengan warga Hospital Kluster Melaka bagi mendengar pandangan serta cadangan dalam memastikan kelestarian dan kemampanan perkhidmatan kesihatan di Hospital Kluster Melaka.

YBrs. Dr. Zaharimah bin Abdul Kadir, Pengarah Hospital Melaka serta YBrs. Dr. Sairatul Mawarnita binti Ishak, Timbalan Pengarah Perubatan IV telah memberikan taklimat ringkas berkaitan Hospital Kluster Melaka termasuk perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan kepada pesakit. Delegasi lawatan juga turut mengadakan lawatan ke Wad Acute Medical 2-3, Wad Acute Surgical 1-1, Wad AG, Wad D1, PCU, Pusat Rawatan Harian dan Jabatan Kecemasan dan Trauma.

 

Toggle Setting Menu