Pilihan Tema : 

LAWATAN KERJA YBHG. DATUK KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE HOSPITAL MELAKA

YBhg. Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Melaka pada 14 Mei 2022 (Sabtu). Lawatan kerja beliau turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka serta Pegawai-Pegawai Kanan JKNM dan Hospital Melaka. YBrs. Dr. Zaharimah bin Abdul Kadir, Pengarah Hospital Melaka telah memberikan taklimat ringkas berkaitan perkhidmatan sedia ada di Hospital Melaka termasuk penerangan berhubung:

  • Cadangan Naiktaraf Ruang Menunggu Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka;
  • Pelaksanaan Pembayaran Tanpa Tunai (Cashless Payment) di Hospital Melaka;
  • Sistem Pengurusan Maklumat di Hospital Melaka; dan
  • Isu-Isu Berbangkit Berkaitan Tempat Letak Kereta di Hospital Melaka

Dalam sesi lawatan tersebut juga, YBhg. Datuk KSU KKM juga telah berkongsi pengalaman dan aspirasi beliau dalam aspek kelicinan dan kelancaran tadbir urus sesuatu organisasi agar dapat memastikan penyampaian perkhidmatan yang lean dan efisien kepada pelanggan khususnya rakyat.

Toggle Setting Menu