Pilihan Tema : 

PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA HOSPITAL MELAKA TAHUN 2022

Program Bubur Lambuk Perdana Hospital Melaka adalah merupakan acara tahunan Hospital Melaka yang dilaksanakan pada bulan Ramadan. Program ini telah ditangguhkan pada tahun 2020 dan 2021 berikutan penularan wabak Covid-19. Pada edisi 2022, Program Bubur Lambuk Perdana ini telah berjaya dianjurkan pada 21 April 2022 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1443H.

Sebanyak 25 periuk bubur lambuk telah disediakan dengan 16 periuk disumbangkan oleh jabatan/unit Hospital Melaka, 2 periuk disumbangkan oleh Kelab Perubatan, Hospital Melaka, 1 periuk sumbangan oleh Medivest Sdn. Bhd., 1 periuk disumbangkan oleh Persatuan Islam Hospital Melaka, 2 periuk hasil sumbangan Persatuan Bekas Pekerja Hospital Melaka serta 3 periuk disumbangkan oleh Bank Rakyat Melaka. 

Selain itu, Kelab Perubatan Hospital Melaka telah menyumbangkan peruntukan RM3,530 bagi menjayakan lagi program ini. Simbolik penyerahan bubur lambuk turut telah diadakan di lobi utama Hospital Melaka pada hari yang sama melibatkan Pengarah Hospital Melaka, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan/Unit serta Pengurus Cawangan Bank Rakyat Melaka. Dianggarkan sebanyak 6,250 bubur lambuk dapat diagihkan kepada kakitangan serta orang awam semasa program tersebut berlangsung.

Toggle Setting Menu