Pilihan Tema : 

MAJLIS HARI RAYA PERDANA HOSPITAL MELAKA TAHUN 2022

MAJLIS HARI RAYA PERDANA HOSPITAL MELAKA TAHUN 2022

Sambutan Majlis Hari Raya Perdana Hospital Melaka bagi tahun 2022 telah berjaya dianjurkan pada 27 Mei 2022 bersamaan dengan 26 Syawal 1443H. Bertempat di Auditorium Sri Baiduri, Hospital Melaka, majlis berkenaan disambut meriah dengan jumlah 14 gerai makanan yang merupakan sumbangan daripada jabatan/unit serta sumbangan wang tunai berjumlah RM2,975 daripada Kelab Perubatan, Hospital Melaka.

YBrs. Dr. Mohd Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka turut terlibat sebagai tetamu jemputan semasa majlis serta dif-dif jemputan lain seperti Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, wakil-wakil Hospital Alor Gajah, Hospital Jasin serta syarikat konsesi Medivest Sdn. Bhd. Sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan keceriaan aidilfitri Hospital Melaka tahun 2022 telah disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Melaka kepada 10 pemenang seperti berikut:

TEMPAT

PEMENANG

TEMPAT

PEMENANG

1

Jabatan Patologi

6

Wad C2

2

Klinik Dada

7

Pejabat Penyelia Hospital

3

Wad E2

8

Wad CCU

4

Unit Kualiti

9

ICU Mawar

5

Jabatan Ortopedik

10

Jabatan Kecemasan dan Trauma

Selain itu, 5 pemenang turut dipilih bagi pertandingan gerai tercantik semasa Majlis Hari Raya Perdana berlangsung yang mana telah dimenangi oleh gerai no. 5 (Jabatan Kecemasan Trauma) sebagai johan diikuti oleh gerai no.13 (Pejabat Penyelia Hospital) di tempat ke-2 serta gerai no. 7 (Jabatan Psikiatri, Jabatan Forensik, Jabatan Perubatan, Jabatan Nefrologi dan Jabatan Farmasi & Bekalan) di tempat ke-3.

 

 

Toggle Setting Menu