
Hospital Jasin | 10 September 2025 - Hospital Bebas Kesakitan (Pain Free Hospital ) ialah satu inisiatif KKM untuk mengurus kesakitan pesakit secara holistik di mana kesakitan diiktiraf sebagai tanda vital kelima (selain suhu, nadi, tekanan darah dan pernafasan). Ia bertujuan untuk memastikan setiap pesakit mendapat rawatan melegakan kesakitan yang mencukupi dan berkesan selain meningkatkan kepuasan pelanggan dan memenuhi piawaian penjagaan antarabangsa.
Tahniah kepada Hospital Jasin kerana berjaya menjalani Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan (Pain Free Hospital) pada 10 September 2025 dan semoga mendapat kejayaan di dalam pensijilan ini.
ALBUM GAMBAR



