Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

LATAR BELAKANG UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (UKKP) HOSPITAL JASIN

Secara rasminya penubuhan JKKP HJ bermula seiringan dengan bermulanya operasi HJ iaitu pada 2006 memandangkan bilangan kakitangan HJ yang melebihi 40 orang. Bermula pada 2017, satu unit yang berfungsi untuk memantau aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan anggota HJ telah ditubuhkan di mana sebuah bilik di Klinik Pakar telah dijadikan sebagai Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.

Seramai 3 orang anggota telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di unit tersebut dengan dibantu oleh anggota dari JKKP sendiri. Mereka terdiri dari seorang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat Terlatih.

Aktiviti Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP):

  1. Memantau elemen-elemen KKP secara umum di setiap unit di HJ melalui aktiviti Audit KKP yang dijalankan setiap tahun, memantau serta memastikan anggota sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan bahan kimia melalui aktiviti Penaksiran Risiko Kesihatan Bahan kimia yang dijalankan setiap 5 tahun, memantau serta memastikan anggota sentiasa patuh SOP Covid 19 melalui aktiviti Audit Pematuhan SOP Covid 19 dan sebagainya.
  2. Menjalankan latihan yang berkaitan KKP seperti Latihan Fire Drill (kerjasama dengan pihak BOMBA), Table Top Kebakaran, pengendalian bahan kimia dan pengurusan tumpahan merkuri melalui kursus dan CME .
  3. Menyelaras program saringan kesihatan seperti Saringan Kesihatan Anggota > 40 tahun, Saringan KOSPEN Plus , Saringan Pendengaran bagi Unit Perbekalan Bahan Stril (UPBS) dan Unit Sajian , Saringan Mantoux Test (penyakit Tibi) , Saringan Hepatitis B, pemeriksaan kesihatan anggota Unit Radiologi secara berkala serta saringan radiasi.
  4. Pemantauan terhadap kejadian kemalangan yang biasa berlaku terhadap anggota di tempat kerja atau pun ketika pergerakkan pergi dan pulang bekerja seperti kemalangan jalan raya dan kes tercucuk jarum.
  5. Pemantauan terhadap aspek amalan kebersihan diri yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit pekerjaan jika diabaikan juga dijalankan di bawah program Nosocomial Infection (NI) dan Hand Hygiene. 

 

 

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information

  Hospital Jasin Laboratory Handbook
  (3rd Virtual Edition, Rev 2)

  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antibiotic Policy Hospital Kluster Melaka

 

Statistik Pelawat

Hari ini 92

Semalam 97

Minggu ini 505

Bulan ini 189

Jumlah Pelawat 54580

  • Last Modified: Jumaat 26 Mei 2023, 07:48:50.