Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Unit Rekod Perubatan

PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu unit di Hospital Jasin yang memberi perkhidmatan seperti penyediaan Laporan Perubatan dan Laporan Post Mortem disamping berfungsi sebagai pusat penyediaan Perangkaan Hospital, penyimpanan fail Rekod Pesakit Dalam, Filem X-Ray dan kad ‘Medico Legal’ serta notifikasi penyakit berjangkit melalui CDCIS online .  Unit Rekod Perubatan terletak di tingkat 1 dan berhadapan dengan Unit Pentadbiran, Hospital Jasin.

VISI

Mengekalkan sistem keselamatan dan penjagaan rekod perubatan pesakit serta maklumat kesihatan yang berkualiti dengan baik dan sempurna juga mengutamakan kehendak pelanggan dalaman dan luaran dalam memenuhi keperluan mendapatkan maklumat rekod pesakit.


MISI

Merealisasikan satu sistem perkhidmatan Rekod Perubatan dan maklumat pesakit yang cekap, berkualiti, bersistematik dan berkesan.

OBJEKTIF

Menyimpan, menyelenggara rekod dan perangkaan adalah untuk menghasilkan pengurusan perawatan pesakit dan pengurusan perkhidmatan hospital keseluruhannya secara berkesan dan cekap ke arah pencapaian maklumat yang diperlukan.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Skop perkhidmatan utama unit ini ialah mengumpul, menyimpan dan mengeluarkan statistik bagi pihak hospital. Statistik merangkumi:-
    • Pesakit Dalam
    • Pesakit Luar
    • Unit Sokongan
  • Unit Rekod Perubatan juga menyimpan fail Rekod Pesakit Dalam dan Kad Pesakit Luar yang melibatkan kes-kes 'Medico Legal'.  Disamping itu  Unit Rekod Perubatan juga berfungsi sebagai pusat notifikasi penyakit berjangkit dan penyakit pekerjaan dan notifikasi penyakit berjangkit juga dibuat melalui online (CDCIS).
  • Selain dari statistik, Unit Rekod Perubatan juga menguruskan Permohonan Laporan Perubatan dari pihak polis, insurans, KWSP, PERKESO, majikan dan persendirian.
  • Sebagai pusat rujukan QAP-NIA - 22 indikator yang terdapat di Hospital Jasin.
  • Mulai tahun 2008 telah mula melaksanakan Modified Terminal Digit System (MTDFS) dan Penyimpanan Rekod Pesakit berpusat (Centeralize Filing Patient Record) dengan mengambil alih rekod-rekod dari Unit Kecemasan terlebih dahulu dan akan diikuti dengan Kinik Pakar Atas Lawatan.

 

ANGGOTA UNIT REKOD PERUBATAN

Bil

Nama Anggota

Jawatan

1.

Khairunnisa binti Abu Bakar

Penolong Pegawai Tadbir N29

2.

Shafiza binti Mohd Yusof

Pembantu Tadbir N22(KUP)

3.

Rosafina binti Manah

Pembantu Tadbir N22(KUP)

4.

Shah Ain binti Abdul Rahim

Pembantu Tadbir N22 (KUP)

5.

Nurhaslina binti Rahim

Pembantu Tadbir N19

6.

Diyana binti Mohd Johari

Pembantu Tadbir N19

6.

Syafwan bin Sham

Pembantu Awam H11

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024

 

Statistik Pelawat

Hari ini 43

Semalam 172

Minggu ini 215

Bulan ini 1324

Jumlah Pelawat 130752

  • Last Modified: Selasa 11 Februari 2025, 03:32:50.