Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Laman Web Rasmi Hospital Jasin telah berjaya diterbitkan. Objektif laman web ini diwujudkan adalah bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada orang ramai dan juga kepada kakitangan hospital. Selain itu adalah sebagai menyahut seruan kerajaan supaya setiap jabatan perlu mempunyai laman web rasmi sebagai salah satu daripada saluran maklumat yang terkini.

Dalam zaman globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini orang ramai perlu diberi pendedahan dengan maklumat yang terkini dan terbukti kesahihannya. Sehubungan itu, kakitangan dan orang ramai amatlah dialu-alukan untuk mengunjungi laman web ini bagi mendapatkan maklumat berkenaan Hospital Jasin. Jika ada sebarang keraguan atau ketidakpuasan hati, tuan/puan boleh memberikan maklumbalas melalui salah satu saluran yang disediakan di laman web ini.  Sebarang pandangan yang membina bagi tujuan memantapkan kualiti perkhidmatan untuk kebaikan kita bersama juga amatlah dialu-alukan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang amat komited dalam menyiapkan laman web ini serta terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh unit-unit di dalam membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Kerjasama dan keprihatinan anggota Hospital Jasin amat-amat diperlukan bagi memastikan laman web dan maklumat yang dipaparkan sentiasa dikemaskini dan boleh menjadi sumber rujukan pengguna laman web rasmi ini.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Hospital Jasin. Semoga tuan/puan sentiasa menjadikan Laman Web Rasmi Hospital Jasin sumber maklumat anda.

Sekian, terima kasih.

 

Dr. Rabiatun binti Yasin
Pengarah Hospital Jasin

 

 

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024
  Kemudahan Cuti

 

Statistik Pelawat

Hari ini 145

Semalam 78

Minggu ini 145

Bulan ini 2172

Jumlah Pelawat 189431

  • Last Modified: Isnin 20 April 2026, 03:32:42.