Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

KLINIK PENJAGAAN LUKA HOSPITAL JASIN

PENGENALAN

Klinik Penjagaan Luka Hospital Jasin telah ditubuhkan secara rasmi pada Julai 2023 selaras dengan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10 Tahun 2011 : Garis Panduan Pelaksanaan Penubuhan Pasukan Penjagaan Luka di Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penubuhan unit ini dipengerusikan oleh Pengarah Hospital Jasin, Dr. Rabiatun binti Yasin dengan Dr. (Mr) Mohd. Shahir bin Aziz dilantik sebagai Ketua Penyelaras.  Klinik ini turut disokong oleh beberapa Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai  Perubatan dan Jururawat Terlatih yang berpengalaman dalam pengurusan luka akut dan kronik.

Klinik Penjagaan Luka Hospital Jasin menyediakan rawatan menyeluruh untuk pesakit yang mengalami luka akut dan kronik dan dikendalikan oleh jururawat terlatih dengan sokongan pasukan pelbagai disiplin.  Matlamat utama klinik ini adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengawal risiko jangkitan, mencegah komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

 

OBJEKTIF

1.  Menyediakan perkhidmatan kepakaran penjagaan luka yang berkualiti kepada pesakit.
2.  Menentukan semua staf dalam pasukan ini mendapat latihan dan pembelajaran yang berterusan.
3.  Mempromosikan penyelidikan penjagaan luka untuk mengekalkan perawatan penjagaan luka yang berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.

 

STRUKTUR ORGANISASI KLINIK PENJAGAAN LUKA

Pengerusi : Dr Rabiatun binti Yasin
Timbalan Pengerusi : Dr Abdul Karim bin Abdul Rahman
Ketua Penyelaras : Dr (Mr) Mohd Shahir bin Aziz
Setiausaha : JT Noor Azean binti Rosli
                     JT Haryany binti Ramli

Ahli Jawatankuasa :

1.  Dr Nur Hidayah binti Salehuddin Tan (UKI/UKKP)
2.  Dr Muhamad Lukman bin Sairi (Perubatan Ortopedik)
3.  Dr Muhammad Amir Safwan bin Ariffin (Pediatrik)
4.  Dr Aida Nazurah binti Aman (Medikal Wad 2A)
5.  PJ Masrani binti Abu Samah (Ketua Penyelia Jururawat)
6.  PH Yahya bin Abdul Rahman (Ketua Penyelia Hospita)
7.  PPP Mohd Fuad bin Haidzir (Klinik Pakar)
8.  PPP Raihanah binti Rusle (Klinik Pakar)
9.  JT Mohd Fared bin Othman (Wad Lelaki)
10. JT Nuriyah binti Eshak (Wad Perempuan)
11. JT Norshafina binti Abdul Kadir (Wad Orthopedik)

 

SKOP PERKHIDMATAN

1.  Penilaian dan Rawatan Luka:
    -  Luka pembedahan, luka trauma dan luka terbakar ringan
    -  Luka kronik seperti ulser kaki diabetes, ulser tekanan, ulser vena dan arteri
    -  Luka akibat jangkitan atau komplikasi perubatan

2.  Rawatan Lanjutan dan Teknologi Moden:
    -  Vacuum Dressing
    -  Pembalut luka moden (kaedah penyembuhan lembap)
    -  Terapi tambahan seperti honey dressing, silver dressing, hydrogel dan alginate dressing

3.  Penjagaan Kaki (Foot Care):
    -  Pemeriksaan kaki berkala untuk pesakit diabetes
    -  Pembersihan, pemotongan kuku, dan rawatan kalus dengan selamat
    -  Pendidikan penjagaan kaki untuk mencegah ulser atau amputasi
    -  Pengesanan awal tanda-tanda komplikasi kaki diabetes

4.  Pendidikan dan Kaunseling Pesakit:
    -  Pendidikan penjagaan luka dan kaki di rumah
    -  Pencegahan komplikasi luka dan ulser berulang
    -  Kaunseling pemakanan bagi membantu proses penyembuhan

5.  Kolaborasi Pelbagai Disiplin:
    -  Kerjasama dengan Klinik Diabetik, Jabatan Fisioterapi, Dietetik dan Jabatan Perubatan
    -  Rujukan kepada pakar bedah atau perkhidmatan lain sekiranya diperlukan

6.  Pemantauan dan Susulan:
    -  Penilaian berkala untuk menilai kemajuan luka
    -  Dokumentasi terperinci dan pelaporan status luka pesakit


WAKTU OPERASI

Rujukan : Isnin – Jumaat (kecuali cuti umum)  8.00 pagi – 5.00 petang
Operasi Klinik : SETIAP HARI JUMAAT MINGGU KE 2 DAN KE-4
Lokasi : Klinik Penjagaan Luka, Klinik Pakar, Hospital Jasin, Melaka

Hubungi Kami :
Telefon: 06-5294262

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024
  Kemudahan Cuti

 

Statistik Pelawat

Hari ini 10

Semalam 156

Minggu ini 166

Bulan ini 2193

Jumlah Pelawat 189452

  • Last Modified: Isnin 20 April 2026, 03:32:42.