International Organization for Standardization (ISO) atau Pertubuhan Penstandardan Antarabangsa ialah persekutuan badan standard kebangsaan di seluruh dunia. Penerimagunaan Standard ISO sebagai Malaysian Standard telah disyorkan oleh Jawatankuasa Teknikal mengenai Pengurusan Kualiti dan Penentuan Kualiti.
Sistem pengurusan kualiti adalah satu keputusan strategik untuk sesebuah organisasi yang boleh membantu untuk meningkatkan prestasi secara menyeluruh dan menyediakan asas yang kukuh bagi inisiatif pembangunan mampan.
Faedah kepada organisasi dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti berdasarkan Standard Antarabangsa ini adalah;
- Keupayaan untuk menyediakan secara tekal produk dan perkhidmatan yamg memenuhi keperluan pelanggan, serta keperluan berkanun dan peraturan yang digunapakai;
- Memudahkan peluang untuk meningkatkan kepuasan pelanggan;
- Menyatakan risiko dan peluang yang berkaitan dengan konteks dan matlamatnya;
- Keupayaan untuk menunjukkan keakuran terhadap keperluan sistem pengurusan kualiti yang ditetapkan.
Perjalanan kejayaan Hospital Jasin memperolehi Pensijilan MS-ISO 9001 bermula dari tahun 2008 dimana Hospital Jasin berjaya memperoleh Pensijilan MS-ISO 9001:2000 untuk 3 tahun iaitu dari 15/2/2008 hingga 14/2/2011.
Hospital Jasin seterusnya berjaya ditauliah naik taraf Pensijilan MS-ISO 9001:2008 oleh Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) QAS International Sdn Bhd. dari 15/2/2011 hingga 12/4/2014. Pensijilan semula untuk MS–ISO 9001:2008 disambung untuk 2 penggal berikutnya iaitu dari 25/6/2014 hingga 14/2/2017 dan 9/3/2017 hingga 14/2/2018.
Apabila Persijilan MS-ISO 9001:2015 diperkenalkan, jawatankuasa MS-ISO Hospital Jasin mengambil langkah proaktif menyertai program Latihan dan Kesedaran ISO 9001:2015 pada tahun 2017 sebagai persediaan mendapatkan pensijilan ini.
Hospital Jasin berjaya mendapatkan Pensijilan MS-ISO 9001: 2015 bermula pada 15/2/2018 hingga 14/2/2020 dan seterusnya berjaya memperolehi pensijilan semula pada 3/3/2020 hingga 14/2/2023. Skop pensijilan merangkumi perkhidmatan kesihatan untuk pesakit luar dan klinik pakar, unit kecemasan dan pesakit dalam termasuk khidmat sokongan klinikal dan bukan klinikal. Pensijilan semula yang terkini dengan skop pensijilan yang sama telah berjaya diperolehi dari 10 April 2023 hingga 14 Februari 2026.
Perjalanan Kejayaan Memperolehi Pensijilan MS-ISO 9001
![]() |
![]() |