Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Hospital Rakan Bayi

PENGENALAN

Unit Laktasi Hospital Jasin telah ditubuhkan pada 18 April 2018 dengan mendapat sokongan penuh daripada Pengarah Hospital Jasin pada ketika itu iaitu Dr. Zaleha binti Md Noor dan Pengurusan Kejururawatan. Penubuhan ini diumpamakan sebagai rebranding kepada unit yang telah sedia ada.  Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dengan melantik Jawatankuasa Induk dan juga mewujudkan peranan Jururawat Laktasi Hospital Jasin.

Unit ini berperanan untuk menguruskan perlaksanaan inisiatif Hospital Rakan Bayi berdasarkan 10 langkah dan 3 perkara yang terdapat dalam Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan. Unit Laktasi telah dirasmikan Datuk Dr Dul Hadi bin Joned, Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka pada 8 Ogos 2018 bersempena dengan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Jasin bagi tahun 2018.

Hospital Jasin telah diiktiraf sebagai HOSPITAL RAKAN BAYI buat kali pertama pada 27hb Julai 2014 dan berakhir pada 26hb Julai 2017. Pengiktirafan kali kedua telah diperolehi pada 26hb Julai 2017 dan berakhir pada 25hb Julai 2020. Penilaian semula sepatutnya dijalankan pada pada tahun 2020, namun disebabkan penularan wabak Covid-19 penilaian Hospital Rakan Bayi terpaksa ditangguhkan.  Hospital Jasin telah memperolehi semula pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi mulai 26 Julai 2022 hingga 25 Julai 2025.  Bagi mengekalkan pengiktirafan tersebut, Unit Laktasi berusaha dan komited dengan mengadakan latihan dan program untuk mempromosikan HOSPITAL RAKAN BAYI kepada semua kakitangan Hospital Jasin dan juga kepada orang awam. Beberapa garis panduan telah disediakan bagi menjayakan usaha ini. Untuk mendapatkan komitmen dari para ibu, maka kakitangan Hospital Jasin telah diberi latihan supaya ajaran dan pendidikan kesihatan yang betul dan berkesan dapat diberi kepada ibu dan orang awam.

 

VISI

Menyediakan persekitaran yang mendorong dan menyokong Penyusuan Susu Ibu dalam usaha memperkasakan kesihatan bayi untuk kesejahteraannya pada hari esok.

 

MISI

Menjadi sebuah unit kecemerlangan laktasi dan menjadi unit pentadbiran serta rujukan utama program penyusuan susu ibu di Hospital Jasin.

 

OBJEKTIF

Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada seluruh anggota dan kakitangan Hospital Jasin dalam pengurusan laktasi bagi memastikan perlaksanakan ”Baby Friendly Hospital” atau Hospital Rakan Bayi dapat dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya juga sebagai satu pendedahan dan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan penyusuan susu ibu.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menyediakan dan mempamerkan polisi bertulis.
  • Melatih semua anggota kesihatan dari jabatan Obsetrik & Ginekologi, Pediatrik, klinikal dan bukan klinikal.
  • Membantu ibu-ibu dalam menjayakan Penyusuan Susu Ibu.
  • Memberi ceramah penyusuan susu ibu kepada ibu-ibu antenatal di Wad, Klinik Pakar Perubatan dan Dewan Bersalin.
  • Memberi pendidikan kesihatan khas/kaunseling kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan susu ibu secara individu.
  • Membantu ibu dalam sentuhan kulit ke kulit selepas kelahiran.
  • Membantu ibu untuk memulakan penyusuan awal dalam masa 1 jam selepas kelahiran.
  • Memantau promosi susu formula bayi dan produk berkaitan dengan pemakanan bayi dihospital.
  • Melakukan pemantauan Polisi Amalan Penjagaan Rakan Bayi diaplikasikan sepenuhnya oleh semua anggota.
  • Memantau pengumpulan data dan menganalisa data-data serta dokumentasi yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu.
  • Memastikan semua Jururawat di Klinik, Wad 1A serta Dewan Bersalin memberi khidmat pendidikan kesihatan kepada ibu-ibu yang memerlukan.
  • Melaksanakan program-program promosi seperti Sambutan Minggu Penyusuan susu ibu, kursus, serta menyediakan laporan aktiviti-aktiviti promosi yang telah dijalankan.
  • Menghadiri mesyuarat Bersama Pengarah Hospital, Pengerusi laktasi dan lain-lain yang berkaitan dengan Penyusuan Susu Ibu.
  • Bertanggung jawab dalam sesi audit dalaman dan luaran. – menyediakan senarai semak dan dokumen Penyusuan Susu Ibu yang diperlukan untuk Penilaian Hospital Rakan Bayi.
  • Menghantar laporan pemantauan dalaman ke Pegawai Zat Makanan JKN setiap 6 bulan.
  • Merancang dan menyediakan perbelanjaan tahunan untuk Promosi Penyusuan Susu Ibu.
  • Relactation & Induced lactation.

 

LOGO 

  

Biru : Melambangkan keharmonian dan kasih sayang yang berterusan tanpa batas antara ibu dan anak hasil daripada penyusuan susu ibu yang berterusan.

Ungu : Melambangkan ketenangan. Perasaan yang penuh dengan emosi serta kasih sayang yang mendalam hasil dari keunikan susu ibu.

Merah : Melambangkan kesungguhan serta keberanian ibu untuk menghadapi apa jua cabaran serta rintangan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu.

Putih : Melambangkan ketulusan hati para petugas kesihatan Hospital Jasin untuk membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Hitam : Melambangkan ketegasan ibu untuk menyatakan “TIDAK” kepada susu formula demi kesihatan dan kesejahteraan anaknya.

Garisan yang mengelilingi ibu dan anak membawa maksud Hospital Jasin menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu.

 

AHLI JAWATANKUASA LAKTASI HOSPITAL JASIN 

PENAUNG
Dr. Azhar bin Mohd Sali

PENGERUSI
Dr. Ellya Nabilah binti A. Jalil 

TIMBALAN PENGERUSI 1
KPJH Masrani binti Abu Samah

TIMBALAN PENGERUSI 2
PJ Anizah binti Ahmad

PENYELARAS
KJ Maimon binti Mohamad

SETIAUSAHA
JT Sarina binti Ahmad

JURURAWAT LAKTASI & KAUNSELING
KUP Siti Nurwahidah binti Hamli
KUP Rosyarina binti Abdul Malek

PROMOSI
KJ Siti Noraizan binti Abu
KJ Roshaslina binti Abdullah
JM Rohaya binti Jaafar

LATIHAN
KJ Salmiah Binti Abdul Gani
KJ Nur Yuhanis binti Mat

Audit
Pn. Hanim binti Mamat
PJ Ruhayu binti Abu Kassim
KUP Nur Fatin Aiman binti Abdullah

KUMPULAN SOKONGAN
Zabedah binti Hashim
Salmah binti Juani
Norlinda binti Amran
Siti Faizah binti Pakri
Siti Zulaikha binti Yusuff
Noranieza binti Atan
Amira Farhana binti Burhan
Nor Afieza binti Anuar

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024

 

Statistik Pelawat

Hari ini 40

Semalam 172

Minggu ini 212

Bulan ini 1321

Jumlah Pelawat 130749

  • Last Modified: Selasa 11 Februari 2025, 03:32:50.