Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Unit Teknologi Maklumat

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini dianggotai oleh dua orang iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA38 yang bertindak selaku Ketua Unit. Manakala seorang lagi ialah Juruteknik Komputer Gred FT22(KUP). Kedudukan unit adalah di tingkat 1, bersebelahan dengan Unit Pentadbiran. Unit ini sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menaiktaraf kemudahan ICT dari masa ke semasa berlandaskan teknologi yang terkini.


MISI

Menjadikan ICT sebagai wadah dalam kemajuan hospital supaya lebih berdaya saing di dalam dunia globalisasi pada hari ini.


VISI

Membantu pihak pengurusan dalam menjadikan warga kerja Hospital Jasin ke arah celik IT selaras dengan saranan dari pihak kerajaan.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan kemudahan teknologi maklumat kepada unit-unit di Hospital Jasin samada dari segi peralatan, perisian dan rangkaian bagi memenuhi keperluan kerja-kerja seharian.
  • Mengadakan latihan dan kursus ICT supaya sentiasa celik teknologi maklumat di kalangan warga kerja Hospital Jasin.
  • Memastikan rangkaian dan komputer sentiasa bebas dari serangan virus dan pencerobohan.
  • Membina, menyenggara dan mengemaskini portal atau laman web rasmi hospital.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Merancang perolehan peralatan teknologi maklumat bagi Hospital Jasin.
  • Membantu unit-unit dalam penyediaan peralatan teknologi maklumat yang diperlukan semasa ceramah, kursus, bengkel dan mesyuarat.
  • Memberi latihan dan kursus ICT kepada warga kerja Hospital Jasin.
  • Memastikan perisian antivirus dipasang ke setiap komputer dan sentiasa dikemaskini supaya serangan virus dapat dikawal.
  • Memastikan maklumat yang ada di dalam laman web/portal hospital sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.

 

ANGGOTA UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bil Nama Anggota Jawatan
1. Rafidah binti Mohd Said

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA38

2. Elias bin Mahamad

Juruteknik Komputer FT22(KUP)

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024

 

Statistik Pelawat

Hari ini 47

Semalam 172

Minggu ini 219

Bulan ini 1328

Jumlah Pelawat 130756

  • Last Modified: Selasa 11 Februari 2025, 03:32:50.