PENGENALAN
Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai dan mengamalkan elemen-elemen HACCP dan GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Sistem HACCP dan GMP dilaksanakan di Unit Dietetik dan Sajian Hospital Jasin secara bersinergi bermula dari pemilihan bahan mentah, penyimpanan, penyediaan, pemprosesan, plating sehingga menghidang kepada pesakit. Pensijilan HACCP dan GMP di Unit Dietetik dan Sajian Hospital Jasin yang berakhir pada 13 September 2025 telah pun diperbaharui bagi tempoh 3 tahun lagi bermula daripada 4 Mac 2026 sehingga 3 Mac 2029.
Skim Pensijilan untuk HACCP memerlukan perkhidmatan makanan untuk menyiapkan dan melaksanakan sistem HACCP yang memenuhi kriteria HACCP MS 1480:2019. Proses pensijilan merangkumi kecukupan, pematuhan dan audit susulan oleh juruaudit yang dilantik dan diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Juruaudit akan mengesahkan pematuhan sistem HACCP yang diperakui melalui audit pengawasan.
Skim Pensijilan untuk GMP pula merupakan satu sistem yang boleh digunakan bagi tujuan mengawal keadaan operasi dalam sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat. GMP juga dijadikan sebagai program asas (Prerequisite Programme) bagi perlaksanaan HACCP di premis pengilangan atau perkhidmatan makanan.
![]() |
![]() |
![]() |






