PENGENALAN
Unit Hemodialisis ini diwujudkan di bawah Pelaksanaan Projek Menaiktaraf Hospital KKM di bawah RMK-9 untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit buah pinggang di kawasan yang berhampiran untuk menjalani rawatan hemodialisis. Pembinaan bangunanUnit Hemodialisis disiapkan pada 21 April 2011. Jumlah peruntukan ialah RM1,052,720.00 bagi kerja-kerja sivil, pendawaian letrik dan alat hawa dingin termasuk Mesin RO (Reverse Osmosis). Unit ini mula beroperasi mulai 3 Januari 2012 dan berfungsi dengan 6 buah mesin hemodialisis Model Fresenius. Sehingga tahun 2020 sebanyak 4 buah mesin telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan mesin hemodialisis adalah sebanyak 10 buah mesin termasuk sebuah mesin ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Jasin.
OBJEKTIF
Memberi rawatan dialisis yang berkualiti, cekap dan selamat kepada pesakit supaya mereka dapat menjalani dan menikmati kehidupan yang normal sama seperti anggota masyarakat yang sihat.
SKOP PERKHIDMATAN
- Rawatan Hemodialisis (HD) hanya diberi kepada pesakit-pesakit Kegagalan Buah Pinggang (End Stage Renal Failure) yang telah didaftarkan di Unit ini dan MENDAPAT KEBENARAN DARI PAKAR NEFROLOGI HOSPITAL MELAKA.
- Unit ini juga bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan rawatan susulan oleh Pakar Nefrologi Hospital Melaka setiap 3 bulan di Klinik Unit Hemodialisis bagi pesakit ESRF, Nefro dan Transplant yang telah didaftarkan di Unit Hemodialisis.
- Pesakit dari Pusat Hemodialisis Kerajaan dari luar daerah Jasin atau luar negeri Melaka dibenarkan membuat rawatan dialisis di Unit ini dengan mendapat kebenaran dari Pakar Nefrologi (Hospital Melaka) atau Pegawai Perubatan Unit Hemodialisis Hospital Jasin, jika ada kekosongan tempat dan telah membuat temu janji lebih awal.
- Rawatan dialisis diberi mengikut jadual giliran yang telah di sediakan oleh staf unit. Giliran pertama bermula seawal jam 7.00 pagi, giliran kedua bermula 11.00 tengahari dan giliran ketiga bermula jam 3.00 petang. Sebarang perubahan jadual rawatan akan dimaklumkan kepada pesakit terlibat.
- Bagi pesakit dialisis yang dimasukkan ke wad disebabkan masalah kesihatan, rawatan dialisis akan di buat mengikut arahan doktor yang merawat.
- Tempoh setiap rawatan dialisis ialah 4 jam bergantung kepada keadaan kesihatan pesakit, 3 kali seminggu atau mengikut priskripsi diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
- Memberi pendidikan kesihatan, nasihat permakanan dan lain-lain khidmat nasihat kepada pesakit yang memerlukan dari masa ke semasa.
ANGGOTA UNIT HEMODIALISIS
| Bil | Nama Anggota | Jawatan |
| 1 | Dr Mohd Kamil Ariffin bin Md Ali (Pegawai Yang Menjaga) |
Pegawai Perubatan UD13 |
| 2 | Yusrizal bin Hj Busra (Pegawai Operasi) |
Penolong Pegawai Perubatan U6 |
| 3 | Sahrun bin Mohd Aziz | Penolong Pegawai Perubatan U6(KUP) |
| 4 | Amirul Hakimy bin Suhaimy | Penolong Pegawai Perubatan U5 |
| 5 | Zuraidah binti Ismail | Jururawat U32(KUP) |
| 6 | Siti Hawa binti Mohamed @ Salim | Jururawat U32(KUP) |
| 7 | Siti Fadzilah binti Ismail | Jururawat U32(KUP) |
| 8 | Sharom bin Ibrahim | Pembantu Perawatan Kesihatan U1 |
| 9 | Suhaimy bin Yahya | Pembantu Perawatan Kesihatan U1 |



