Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Leadership In Energy And Environment Design (LEED)

 

Bil Perkara Pautan
1. Hospital Jasin Achievement in Green Building LEED V4-Existing Building Operation & Maintenance Certification Lihat
2. Pencapaian Penarafan Bangunan Hijau Di Bawah Pensijilan LEED Bagi Hospital Jasin Lihat

 

Hospital Jasin berjaya mendapat pengiktirafan LEED (Leadership in Energy & Environmental Design) bagi kategori Existing Building Operation & Maintenance Version 4 setelah melalui penilaian oleh badan pensijilan Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat (US Green Building Council atau USGBC) pada 18 Mei 2021.  Ini menjadikan Hospital Jasin sebagai bangunan kerajaan pertama di Malaysia dan juga bangunan hospital pertama di dunia yang menerima pensijilan tertinggi ini.

Hospital Jasin telah dipilih oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK) KKM pada tahun 2019 untuk melaksanakan projek-projek yang menjurus kepada pensijilan LEED oleh USGBC pada tahun 2021. Ini adalah salah satu komitmen untuk mencapai sasaran KPI YB Menteri Kesihatan untuk menjadikan hospital-hospital KKM sebagai “Green Hospital” secara berperingkat.

Hospital Jasin bersama pihak konsesi Medivest Sdn Bhd telah memulakan usaha-usaha ke arah pensijilan LEED mulai bulan Mac 2019 dan menghantar dokumen secara online kepada USGBC secara berperingkat. Bahagian Kejuruteraan JKN Melaka dan BPK KKM juga terlibat dalam memantau dan memberikan input teknikal dari masa ke semasa.  Peringkat terakhir penghantaran dokumen kepada USBGC adalah pada bulan Disember 2020.

Antara projek-projek penting yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Parkir kereta berbumbung solar PV (Solar Car Park)
  2. Rain Water Harvesting System
  3. Reverse Osmosis (RO) Water Harvesting System (Unit Hemodialisis)
  4. Pemasangan lampu-lampu LED (retrofit)
  5. Pemasangan Digital Water Meter System dan Digital Power Meter bagi memantau kadar penggunaan air dan elektrik
  6. Menaiktaraf sistem Building Automation System (BAS)
  7. Menyediakan “Bicycle Station” untuk kegunaan rondaan sekitar hospital
  8. Parkir khas untuk kenderaan elektrik/hybrid dan kenderaan ‘carpool’.  

Ada 4 tahap pensijilan LEED yang diberikan oleh USGBC seperti berikut:

  • Certified (40–49 points)                     
  • Silver (50–59 points)
  • Gold (60–79 points)
  • Platinum (80+ points)

Hospital Jasin telah berjaya mendapat 80 points dan seterusnya melayakkan kepada pensijilan tahap platinum.

Pensijilan LEED ini mengiktiraf bahawa rekabentuk (design) dan sistem yang ada dalam bangunan Hospital Jasin berserta persekitarannya mempunyai kadar pembebasan karbon dioksida yang rendah (low CO2 emission), cekap tenaga, penggunaan air yang efisyen dan mematuhi ciri-ciri mesra alam seperti yang digariskan dalam standard LEED USGBC.                                                                                                                                                                                                                     

Objektif paling penting yang dicapai daripada ini semua adalah menyumbang ke arah pembangunan yang mampan (sustainable development). Jika semua rekabentuk bangunan dan organisasi berinisiatif ke arah LEED atau sekurang-kurangnya mempraktikkan amalan-amalan hijau, pembebasan gas karbon dioksida akan dapat dikurangkan, kadar peningkatan suhu global (global warming) akan dapat dilambatkan dan perubahan iklim (climate change) dapat ditangani.

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024

 

Statistik Pelawat

Hari ini 83

Semalam 131

Minggu ini 341

Bulan ini 3412

Jumlah Pelawat 137204

  • Last Modified: Khamis 13 Mac 2025, 08:51:00.