Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Unit Kualiti, Aset dan Latihan

PENGENALAN

Unit Kualiti dan Latihan Hospital Jasin telah ditubuhkan pada tahun 2005. Ketika itu, hanya terdapat 2 orang Pembantu Tadbir N19 yang melaksanakan tugas-tugas kualiti serta latihan.  Mulai tahun 2016, Unit Kualiti dan Latihan telah digabungkan bersama Unit Aset Hospital, di mana semua pemantauan aset hospital telah diketuai oleh seorang Pembantu Tadbir N22 dengan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N19. Struktur Organisasi unit diperkukuhkan lagi mulai 1 September 2017 apabila seorang pegawai perubatan telah ditempatkan untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Unit.  Pada 17 Oktober 2017, Unit Kualiti, Latihan dan Aset telah berpindah ke pejabat baru. Perbincangan kecil bersama ketua unit telah dijalankan pada 27 Oktober 2017 dan telah bersetuju untuk penjenamaan semula nama unit kepada Unit Kualiti, Aset dan Latihan atau Quality, Asset And Training (Q.A.T.).

OBJEKTIF
Membantu pihak hospital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan melalui sistem yang komprehensif dan anggota yang cekap.

MISI
- Melahirkan anggota yang cekap, kompeten dan berintegriti
- Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan anggota
- Mewujudkan satu sistem dokumentasi yang mesra, ringkas dan komprehensif

VISI
Hospital Jasin sebuah pusat sumber rujukan yang cemerlang

SKOP TUGAS UNIT KUALITI, ASET DAN LATIHAN (Q.A.T)
AKTIVITI KUALITI :

  1. Inisiatif Lean Healthcare Hospital Jasin
    • Bertindak sebagai Pengurus Lean Healthcare dan memastikan perjalanan kajian berjalan dengan lancar
    • Bertindak sebagai jambatan penghubung antara pasukan projek Lean dengan pengurusan tertinggi hospital dalam memastikan masalah yang dihadapi oleh pasukan dapat diatasi
  2. Hospital Kluster
    • Membantu aktiviti-aktiviti hospital kluster di peringkat Hospital Jasin(Non Lead Cluster Hospital)
    • Mengumpul dan menganalisa data
    • Membantu menyelaras lawatan kerja hospital kluster
  3. Jawatankuasa Pemandu Kualiti
  4. Merancang dan menyelaras aktiviti Jawatankuasa Pemandu Kualiti
  5. Mengadakan mesyuarat 2 kali setahun
  6. Merancang takwim tahunan aktiviti-aktiviti kualiti Hospital Jasin
  7. HPIA dan KPI
  8. Mengumpul dan menganalisa pencapaian HPIA & KPI dari setiap unit mengikut frekuensi yang telah ditetapkan
  9. Menjalankan audit 2 kali setahun
  10. Menghadiri mesyuarat peringkat hospital dan negeri 2 kali setahun
  11. Malaysian Patient Safety Goals (MPSG)
  12. Menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Patient Safety Goals.
  13. Memantau pencapaian KPI yang berkaitan dengan MPSG
  14. Menjalankan mesyuarat sebanyak 2 kali setahun
  15. Menjalankan audit Patient Idenfication sebanyak 2 kali setahun
  16. Memastikan laporan dihantar setiap awal tahun secara atas talian ke KKM dan secara bertulis ke JKNM
  17. ISO
  18. Membantu merancang aktiviti-aktiviti ISO
  19. Membantu memastikan audit dalam dan MKSP dijalankan sekali setahun
  20. Akreditasi
  21. Membantu merancang aktiviti-aktiviti akreditasi agar memenuhi standard MSQH
  22. Bermesyuarat bergantung kepada keadaan
  23. Mengadakan Internal Survey dan Mock Survey mengikut keperluan
  24. Mengekalkan Pensijilan Akreditasi
  25. Mengadakan/merancang latihan berkaitan akreditasi
  26. Credentialing & Previleging
  27. Mengadakan mesyuarat 2 kali setahun
  28. Mengumpul dan menyemak borang permohonan daripada anggota klinikal dan Kolej Perubatan Manipal Melaka
  29. Mengeluarkan Sijil Pengiktirafan Privileging
  30. QAP
  31. Merancang dan melaksanakan aktiviti QA
  32. Mesyuarat dua kali setahun
  33. Menganjurkan bengkel/latihan/seminar/konvensyen negeri dan kebangsaan
  34. Mengumpulkan maklumat projek QAP dari jabatan yang terlibat
  35. Incident Reporting
  36. Mengadakan mesyuarat JK Insiden setiap 6 bulan
  37. Merancang dan melaksanakan kursus atau taklimat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
  38. Menghantar laporan kepada JKN dan KKM secara online dan hard copy
  39. Mengumpul data dan Borang Laporan Insiden
  40. Piagam Pelanggan
  41. Mengumpul data piagam pelanggan dari unit-unit
  42. Memastikan unit-unit menghantar data ke Unit Kualiti sebelum atau pada 5 hari bulan berikutnya
  43. Memastikan pencapaian piagam pelanggan dihantar kepada Pengarah sebelum atau pada 15 hari bulan berikutnya
  44. Memantau dan menganalisa pencapaian piagam pelanggan unit-unit
  45. Laporan Kualiti
  46. Menyediakan laporan tahunan kualiti


AKTIVITI ASET:
- Memastikan setiap aset diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun
- Memastikan penerimaan, pengendalian, kerosakan, dan pelupusan aset dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
- Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan 4 kali setahun

AKTIVITI LATIHAN:
- Memantau Kursus Anggota Hospital melalui sistem eSPEL
- Memantau Pengisian myCPD Anggota Hospital bagi kategori yang berkaitan
- Mengumpul data kursus Basic Life Support(BLS) yang telah dihadiri oleh paramedik di kawasan acute
- Membantu dalam penganjuran kursus dalaman
- Menyelaras keperluan kursus luaran

ANGGOTA UNIT KUALITI, ASET DAN LATIHAN

Bil

Nama Anggota

Jawatan

1

Dr. Nur Safani binti Basri

Pegawai Perubatan UD54

2

Pn. Suria binti Mat Noor

Ketua Pembantu Tadbir N22

3

Pn. Izyan Nadiah binti Abdul Kahar

Pembantu Tadbir N22 (KUP)

4

En. Mazli bin Wahab

Pembantu Tadbir N19

5

Cik Suraya Maszura binti Md Sukarman

Pembantu Tadbir N19

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024

 

Statistik Pelawat

Hari ini 141

Semalam 131

Minggu ini 577

Bulan ini 661

Jumlah Pelawat 121443

  • Last Modified: Khamis 21 November 2024, 09:35:35.