Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

HALAL

HALAL berasal daripada kalimah Arab iaitu Halla, Yahillu, Hillan, Wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Kehalalan bahan makanan mentah, proses atau produk yang mendapat pengiktirafan sijil Halal adalah dijaga dan dipantau secara berterusan. Pematuhan keseluruhan proses rantaian penyediaan makanan dan integriti bahan mentah yang Halal di Unit Dietetik dan Sajian Hospital Jasin adalah mematuhi prinsip-prinsip undang-undang Islam, elemen Halalan Toyyiban dan kualiti makanan.

Pensijilan HALAL di Unit Dietetik dan Sajian Hospital Jasin diperolehi bagi tempoh 2 tahun bermula daripada 31 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2023. Komponen utama sistem jaminan pengurusan Halal di Unit Dietetik dan Sajian Hospital Jasin adalah:

  1. Mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang terlibat sepenuhnya didalam memastikan keperluan sijil halal dipatuhi
  2. Mengadakan latihan dan kursus halal yang bertujuan untuk mendedahkan ilmu tentang prosedur penyediaan makanan halal
  3. Menentukan Halal Control Point (HCP) di unit bagi keseluruhan operasi dengan kawalan, pemantauan dan verifikasi yang berterusan
  4. Tindakan pembetulan
  5. Pematuhan audit Halal JAKIM
  6. Dokumentasi

 

 

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information

  Hospital Jasin Laboratory Handbook
  (3rd Virtual Edition, Rev 2)

  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antibiotic Policy Hospital Kluster Melaka

 

Statistik Pelawat

Hari ini 92

Semalam 97

Minggu ini 505

Bulan ini 189

Jumlah Pelawat 54580

  • Last Modified: Jumaat 26 Mei 2023, 07:48:50.