PENGENALAN
Unit Kewangan mula beroperasi pada Mac 2005 di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Jasin. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Akauntan W29 dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (Kew) W22, 2 orang PembantuTadbir (P/O) N19 dan 8 orang Pembantu Tadbir (Kew) W19. Unit ini juga mempunyai satu lagi sub-unit yang terletak di aras Bawah iaitu Unit Daftar Masuk dan Hasil.
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan kewangan dan perakaunan Hospital Jasin.
- Membantu pengurusan atasan dalam memberi keputusan yang berkesan ke arah pencapaian objektif Hospital Jasin dengan memberi perkhidmatan yang tepat dan cekap selaras dengan peraturan kewangan dan Akta Kewangan yang berkuatkuasa.
- Mempertingkatkan pengurusan sistem kewangan dan perakaunan Hospital Jasin.
- Memungut/mengutip semua hasil kerajaan yang patut dikutip mengikut arahan dan peraturan kewangan dan Akta Fi (Perubatan) yang ditetapkan serta berkuatkuasa.
SKOP PERKHIDMATAN
- Penyediaan Anggaran Belanjawan
- Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja
- Baucar Bayaran (Dengan Pesanan Tempatan)
- Penyediaan Gaji
- Pembayaran Gaji melalui Sistem iGFMAS/Perubahan Gaji Secara Manual
- Penyediaan Sijil Gaji Akhir
- Urusan Panjar Wang Runcit
- Mengurus Teguran Akauntan Negara/Perbendaharaan/Audit
- Menyediakan Penyata/Cukai Pendapatan
- Urusan Projek-Projek Pembangunan
ANGGOTA UNIT KEWANGAN
Bil |
Nama Anggota |
Jawatan |
1 |
Pn. Suriya Zanariya binti Zakaria |
Penolong Akauntan W29 |
2 |
Pn. Siti Arfa binti Arshad |
Pembantu Akauntan W22 |
3 |
Pn. Norlinda binti Amran |
Penolong Akauntan W29(KUP) |
4 |
Pn. Fauziana binti Jumaat |
Penolong Akauntan W29(KUP) |
5 |
En. Mar Ridzuan bin Mat Dali |
Pembantu Tadbir (Kew) W19 |
6 |
En. Noor Azmy bin Daud |
Pembantu Tadbir (Kew) W19 |
7 |
En. Norhazlan bin Yusof |
Pembantu Tadbir (Kew) W19 |