PENGENALAN
Klinik Rawatan Pakar Hospital Jasin telah beroperasi pada bulan Ogos 2005. Ia terletak di sebelah kanan lobi utama Hospital Jasin. Mulai tahun 2006, Klinik Rawatan Pakar telah beroperasi setiap hari meliputi 11 Displin iaitu :
- Klinik Pakar Obstrektrik & Ginekologi
- Klinik Pakar Perubatan Am (MUFUC)
- Klinik Pakar Orthopedik (ORTHO)
- Klinik Pakar Pembedahan Am (SOPD)
- Klinik Pakar Otorinolaryingologi (ORL)
- Klinik Pakar Kanak-kanak (PAED)
- Klinik Psikiatri
- Klinik Kulit
- Klinik Rehabilitasi
- Klinik Endokrin
- Klinik Respirotari
Manakala 2 Displin lain tanpa pakar iaitu:
- Klinik Lanjutan
- Untuk kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dari Unit Kecemasan, Wad Kanak-kanak, Wad Lelaki dan Wad Perempuan.
- Klinik Sejahtera
- Untuk memeriksa tahap kesihatan anggota Hospital Jasin dan keluarga terdekat dalam mengelak sebarang komplikasi penyakit.
Klinik ini memberikan kemudahan perkhidmatan rawatan pakar kepada pesakit yang datang ke klinik pakar secara berjadual yang telah ditetapkan oleh Klinik Pakar dari Hospital Melaka iaitu setiap minggu, dua minggu sekali dan sebulan sekali.
Klinik ini juga merupakan pusat praktikal pelajar perubatan Kolej Manipal Melaka.
Selain itu kehadiran doktor pakar dari Hospital Melaka dan Profesor dari Kolej Manipal memberi kerjasama dalam memberi khidmat kepakaran kepada pesakit di Klinik Pakar Hospital Jasin.
Pada tahun 2016, satu perkhidmatan baru iaitu Klinik Endoscop telah memulakan operasinya iaitu pada setiap hari Khamis minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Ianya terletak dibawah seliaan Klinik Pembedahan Am (SOPD).
Bermula pada tahun 2019 klinik ini telah mendapat khidmat seorang pakar perubatan dari Hospital Melaka yang datang membuat perawatan setiap hari. Pada Januari 2021, Klinik Mesra telah ditubuhkan bagi kemudahan anggota serta anak-anak anggota Hospital Jasin yang ingin mendapatkan rawatan perubatan.
VISI
Memberi pemeriksaan dan rawatan kepakaran secara profesional untuk mengurangkan komplikasi serta meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.
MISI
Menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran yang berkualiti dan cemerlang melalui pegawai-pegawai yang profesional dengan menggunakan teknologi terkini dan anggota yang terlatih untuk kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF
Menyediakan rawatan pakar di Hospital Jasin untuk memberikan kemudahan rawatan kepakaran kepada penduduk daerah Jasin dan kawasan yang berhampiran.
SKOP PERKHIDMATAN
- Menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran melalui program lawatan pakar.
- Memantau keberkesanan rawatan yang diambil oleh pesakit-pesakit.
- Membuat temujanji dan rujukan kes ke Hospital Melaka.
- Membuat Follow Up kes yang gagal datang mendapatkan pemeriksaan.
- Membuat statistik pengumpulan data Klinik Pakar Hospital Jasin.
- Memberi perawatan seperti memberi suntikan, membersih luka, pemeriksaan kesihatan, pengambilan spesimen darah dan pembukaan dan pemasangan pop.
- Menjalankan Prosedur Endoskop.
ANGGOTA KLINIK PAKAR
Bil | Nama Anggota | Jawatan |
1 | Dr Fadhilah binti Moin | Pegawai Perubatan UD52 |
2 | Dr Kamil Ariffin bin Md Ali | Pegawai Perubatan UD48 |
3 | Dr Siri Ganesan A/L Chandran | Pegawai Perubatan UD41 |
4 | En. Yahya bin Abdul Rahman | Penolong Pegawai Perubatan U32 |
5 | En. Mohamed Fuad bin Haidzir | Penolong Pegawai Perubatan U29 |
6 | Pn. Nurul Amira binti Ramlan | Penolong Pegawai Perubatan U29 |
7 | Pn. Raihanah binti Rusle | Penolong Pegawai Perubatan U29 |
8 | Pn. Siti Norain binti Abdullah | Penolong Pegawai Perubatan U29 |
9 | Pn. Fatin Raudhah | Penolong Pegawai Perubatan U29 |
10 | Pn. Norbaizurah binti Abu Bakar | Jururawat Terlatih U32(KUP) |
11 | Pn. Noorashikin binti Mahadi | Jururawat Terlatih U32(KUP) |
12 | Pn. Khatijah binti Ab Hamid | Jururawat Terlatih U32(KUP) |
13 | Pn. Nor Aishah binti Zulkifli | Jururawat Terlatih U29 |
14 | Pn. Rohaya binti Jaafar | Jururawat Masyarakat U24 |
15 | Pn. Nirmala A/P Chitheraiveloo | Jururawat Masyarakat U24(KUP) |
16 | Pn. Nurul Farehah binti Mohd Yusof | Jururawat Masyarakat U24(KUP) |
17 | Pn. Norfatini binti Samsudin | Jururawat Masyarakat U24(KUP) |
18 | En. Mohd Saifulhairy bin Suliman | Pembantu Perawatan Kesihatan U11 |
19 | Pn. Masitha binti Abd Rahman | Pembantu Perawatan Kesihatan U11 |
20 | Pn. Junainah binti Ahmad | Pembantu Perawatan Kesihatan U11 |
21 | En. Mohd Redzuan bin Slim | Pembantu Perawatan Kesihatan U11 |
22 | Pn. Nor Adreaniza binti Sapari | Pegawai Khidmat Pelanggan N19 |