Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

HOSPITAL MESRA IBADAH

PENGENALAN 

Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) diwujudkan pada 2014 di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan warga kerja hospital dalam membimbing pesakit dan waris melaksanakan ibadah semasa menerima rawatan di hospital. Konsep program telah diperkembangkan kepada perkhidmatan jagaan spiritual yang diperlukan pesakit dan waris di mana latihan-latihan berkaitan telah diperkenalkan bukan sahaja kepada pegawai kader Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malah turut membabitkan penyertaan Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Pakar, paramedik dan jururawat.

POLISI HOSPITAL MESRA IBADAH HOSPITAL JASIN.

  1. Hospital Jasin adalah hospital yang mengamalkan program Hospital Mesra Ibadah.
  2. Semua anggota kakitangan Hospital Jasin bersungguh-sungguh melaksanakan visi, misi dan objektif Hospital Mesra Ibadah berdasarkan prosedur kerja standard yang disediakan.
  3. Kesaksamaan, akses dan ketersediaan perkhidmatan Mesra Ibadah di Hospital Jasin.
  4. Setiap pesakit dan/atau waris yang dimasukkan ke Hospital Jasin hendaklah diberikan orientasi berkenaan konsep Hospital Mesra Ibadah.
  5. Infrastruktur dan kemudahan Hospital Jasin hendaklah menepati kehendak syarak.
  6. Hospital Jasin hendaklah menghormati hak-hak pesakit, waris dan kakitangan hospital termasuklah budaya, spiritual dan kepercayaan agama.
  7. Makanan dan ubat-ubatan yang disediakan di Hospital Jasin hendaklah halal, seimbang, baik dan bersih.
  8. Semua kakitangan Hospital Jasin hendaklah mengamalkan etika amalan perubatan dalam Islam.
  9. Semua aktiviti dan panduan Hospital Mesra Ibadah hendaklah mudah diakses dan difahami oleh kakitangan dan pesakit.
  10. Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah hendaklah memastikan semua kakitangan muslim mendapat latihan dan pendedahan tentang Konsep Hospital Mesra Ibadah secara berterusan.

 

AHLI JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH HOSPITAL JASIN SESI 2020/2021

PENAUNG
Dr. Shahrum bin Muzakir

PENGERUSI
Dr. Muhammad Yadiy bin Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI 1
Dr. Muhammad Aizat bin Mohd Sofian

SETIAUSAHA 1
En. Mohamad Khairi bin Abdul Raof

TIMBALAN SETIAUSAHA
Pn. Rafidah binti Baharom

BIRO PENGAMALAN DAN AUDIT
Dr. Nur Safani binti Basri

BIRO LATIHAN
Dr. Ahmad Helmi bin Hassan

BIRO PROMOSI
Pn. Anizah binti Ahmad

BIRO KEBAJIKAN
En. Yusrizal bin Busra

BIRO LOGISTIK
Pn. Salme binti Abu

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information

  Hospital Jasin Laboratory Handbook
  (3rd Virtual Edition, Rev 2)

  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antibiotic Policy Hospital Kluster Melaka

 

Statistik Pelawat

Hari ini 92

Semalam 97

Minggu ini 505

Bulan ini 189

Jumlah Pelawat 54580

  • Last Modified: Jumaat 26 Mei 2023, 07:48:50.