PENGENALAN
Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin terletak di bahagian belakang bangunan utama hospital dan bersebelahan dengan pejabat konsesi penswastaan (Medivest Sdn. Bhd). Dahulunya dikenali sebagai Rumah Mayat (Mortuary)/Unit Forensik dan kemudiannya ditukar nama kepada Unit Perubatan Forensik pada tahun 2018 dan sudah mula beroperasi sejak tahun 2005. Perkhidmatan Perubatan Forensik merupakan salah satu Unit Klinikal Hospital yang sangat penting dalam pengurusan terakhir pesakit yang telah meninggal dunia atau pengurusan kes-kes kematian yang berkaitan undang-undang.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan menerima,menyimpan dan menyerah mayat secara sistematik dan lancar.
- Membantu waris simati dalam urusan pengendalian jenazah/mayat dari awal sehingga selesai urusan penyerahan.
- Memberi kefahaman kepada waris dan orang ramai mengenai pengurusan jenazah/mayat yang berkaitan undang-undang,kes polis dan sebagainya.
SKOP PERKHIDMATAN
- Penerimaan/Pendaftaran Jenazah/Mayat
- Penyimpanan Jenazah/Mayat
- Penyerahan Jenazah/Mayat
- Melakukan bedah siasat
- Pengurusan specimen dan bahan bukti
- Penyiasatan tempat kejadian (Crime Scene Investigation)
DESKRIPSI OPERASI
Waktu perkhidmatan Unit Perubatan Forensik adalah seperti berikut:
| Isnin – Jumaat | 8.00 Pagi – 5 Petang |
|
Sabtu, Ahad |
Bertugas atas panggilan |
ANGGOTA UNIT PERUBATAN FORENSIK
| Bil | Nama Anggota | Jawatan |
| 1 |
Dr Muhammad Aizat bin Mohd Sofian |
Pegawai Perubatan UD12 |
| 2 |
Syahrulazman bin Azlan |
Penolong Pegawai Perubatan U6 |
| 3 |
Basil bin Mohamad Fauzi |
Penolong Pegawai Perubatan U6(TBK) |
| 4 |
Zalahudin bin Abdullah |
Pembantu Perawatan Kesihatan U1 |



