Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Unit Perubatan Tradisional dan Komplemantari

PENGENALAN

Projek pembinaan insfrastruktur bangunan Unit PT&K bermula pada 1 Ogos 2013 dan siap sepenuhnya pada  2 Disember 2013. Bangunan telah diserahkan oleh JKR kepada KKM pada 27 Januari 2014.  Pengoperasian Unit PT&K Hospital Jasin bermula pada 15 September 2014 dengan 2 modaliti iaitu Urutan Tradisional Melayu & Amalan Perubatan Tradisional Melayu selepas bersalin, manakala modaliti Akupunktur memulakan perkhidmatan pada  15 Disember 2014.

Pada 14 Julai 2018, modaliti Perubatan Tradisional Melayu selepas bersalin telah ditransformasikan secara sepenuhnya ke peringkat penjagaan kesihatan primer.

 

VISI

Menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari yang akan diintegrasikan secara optimum ke dalam sistem penjagaan kesihatan konvensional bagi mencapai pendekatan holistik dalam meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup.

 

DASAR KUALITI 

‘Kami menjanjikan perkhidmatan yang berkualiti, selesa dan berkesan dengan mengamalkan etika profesionalisma perubatan serta mengutamakan hak pesakit sebagai pelanggan’

 

OBJEKTIF

 

  • Objektif Umum

Unit Perubatan Tradisional & Komplementari Hospital Jasin bertanggungjawab dalam memperkenalkan, mengembangkan dan mengintegrasikan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari ke dalam sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sedia ada untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat secara holistik.

 

  • Objektif khusus
    • Menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari yang berkualiti dan selamat bagi melengkapkan (komplemen) sistem penjagaan kesihatan primer.
    • Memberikan khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat berkaitan perubatan tradisional dan komplementari.
    • Memberikan pendidikan dan latihan yang bersesuaian untuk pengamal perubatan tradisional dan komplementari bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
    • Pengumpulan data, statistik dan laporan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari di Hospital Jasin.

 

PERKHIDMATAN UTAMA

  • Menerima rujukan kes-kes baru serta mengatur tarikh temujanji sesi rawatan pertama dan rawatan susulan.
  • Menjalankan prosedur pemeriksaan saringan dan ujian makmal (jika perlu) yang berkaitan sebelum menjalani rawatan.
  • Melakukan pengesanan dan pemeriksaan awal diagnostik penyakit semasa penyaringan (contoh: Diabetis Mellitus dan Hipertensi).
  • Menjalankan rawatan urutan Melayu dan akupuntur bagi pesakit strok dan sakit kronik.
  • Menjalankan program pendidikan kesihatan dan kaunseling pesakit yang menerima rawatan perubatan tradisional dan perubatan.
  • Membuat rujukan kes yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat dalam skop unit ini (contoh: Diabetes Mellitus dan Hipertensi).
  • Memberi latihan berterusan kepada anggota bagi menjamin rawatan yang diberikan adalah berkualiti dan selamat.
  • Menyelia anggota dalam penggunaan secara profesional alat-alat perubatan tradisional dan komplementari agar selari dengan amalan klinikal yang memenuhi standard KKM.
  • Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan , Penilaian Prestasi Tahunan anggota, Statistik Bulanan/ Tahunan Unit dan Laporan Tahunan Unit.

 

 

ANGGOTA UNIT PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI ( UPT&K )

 

Bil.

Nama Anggota

Jawatan

1.

Dr. Abdul Karim Bin Abdul Rahman

Pegawai Perubatan UD54

2.

Denish A/L K Wasso Devan

Pegawai Farmasi UF48

3.

Ruhayu binti Abu Kassim

Ketua Penyelia Jururawat U36

4.

Nur Yuhanis binti Mat

Ketua Jururawat U36 (TBK2)

5.

Rozita binti Jalil

Jururawat U32 (KUP)

6.

Rohaya binti Jaafar

Jururawat Masyarakat U24

 

SENARAI PENGAMAL

Bil.

Nama Anggota

Jawatan

1.

Mohamad Rizal Bin Ismail

Pengamal Perubatan Tradisional Lelaki

2.

Faridah binti Saman

Pengamal Perubatan Tradisional Perempuan

3.

Seng Yan Ni

Pengamal Akupuntur

 

RUMUSAN 

Unit Perubatan Tradisional & Komplementari Hospital Jasin (UPT&K) sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, selamat dan konsisten.  Unit ini telah berusaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dengan meneruskan program promosi bagi memperkenalkan kepada masyarakat tentang kewujudan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplimentari di Hospital Jasin serta bekerjasama dengan pihak pengurusan bagi mencapai matlamat organisasi dan juga matlamat KKM.

 

Gambar aktiviti gotong-royong membuat Laman Herba Unit PT&K

 

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024

 

Statistik Pelawat

Hari ini 43

Semalam 172

Minggu ini 215

Bulan ini 1324

Jumlah Pelawat 130752

  • Last Modified: Selasa 11 Februari 2025, 03:32:50.