PENGENALAN
Unit Penyeliaan Hospital merupakan salah satu komponen di bawah Pengurusan Hospital Jasin Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan gred U36 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan gred U14. Unit ini bertanggungjawab terus kepada Pengarah Hospital Jasin. Unit ini menjaga perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Jasin.
VISI
Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan selari dengan visi Hospital Jasin iaitu menjadikan Hospital Jasin sebagai institusi perubatan yang cemerlang dan professional.
MISI
Menyediakan perkhidmatan penyeliaan klinikal yang kompeten dan berdedikasi kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara professional dan efektif bagi memenuhi keperluan pelanggan.
OBJEKTIF
- Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
- Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
- Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.
SKOP PERKHIDMATAN
Menyelia, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti unit dimana terdapatnya penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan seperti berikut :-
- Unit Penolong Pegawai Perubatan
- Unit Kecemasan & Trauma
- Perkhidmatan Anestesiologi
- Unit Forensik
- Perkhidmatan Ortopedik
- Perkhidmatan Otorinolaringologi (ENT)
- Unit Hemodialisis
- Perkhidmatan Endoskopi
- Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
- Unit Makmal Respiratori (Intensive Care Unit)
- Perkhidmatan Ambulan
- Dewan Bedah
- Perkhidmatan Psikiatri
Menyelaras dan menyelia kerja-kerja BEMS, FEMS dan CWMS dimana Ketua 'Liason Officer' untuk perkhidmatan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Perubatan Gred U36.
PENYELIAAN HOSPITAL
- Menyediakan jadual tugas atas panggilan (on call) bagi Penolong Pegawai Perubatan U32.
- Memantau prestasi syarikat kawalan keselamatan dan melaksanakan pemotongan (deduction) setiap bulan.
- Merancang mesyuarat dan menyediakan minit Mesyuarat Kawalan Keselamatan.
- Menyemak laporan kawalan keselamatan di semua Pos Kawalan setiap hari.
- Mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) Bilik Kawalan CCTV dan memantau kawalan keselamatan yang dilaksanakan oleh Pengawal Keselamatan.
- Mengesahkan laporan kedatangan Pengawal Keselamatan mengikut syif setiap hari.
- Menyemak buku laporan Watchman Clock yang dilakukan oleh Pengawal Keselamatan.
- Membantu pengarah dalam pengurusan perbelanjaan, pengurusan personal dan pembangunan.
PENYELIAAN ANGGOTA (PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN, PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN DAN PEMANDU)
- Memantau disiplin anggota.
- Rekod cuti anggota.
- Rekod latihan/kursus.
- Meneliti dan menilai keperluan latihan/kursus anggota.
- Memberi orientasi kepada anggota baru.
- Mengesahkan jadual tugas anggota yang dibuat oleh Penyelia Penolong Pegawai Perubatan U32/Ketua Jururawat U32 (Jadual Tugas PPK di wad).
- Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahunan.
- Menyemak laporan bulanan Thumb Print
- Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan (bersama Ketua Unit/Pegawai Perubatan Y/M) ke atas aduan awam dan Incident Reporting.
- Memantau anggota melaksanakan pemeriksaan Checklist peralatan dan perubatan.
- Memantau rekod dan dokumentasi yang dilakukan oleh PPP.
- Menyemak CPD Point Penolong Pegawai Perubatan dan membuat pengesahan.
- Menilai prestasi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui system HRMIS secara
- Memastikan Sijil Amalan Perubatan Tahunan (APC) diperbaharui setiap tahun.
- Memastikan PPP mematuhi kod etika dan piawaian yang telah diberikan
- Memastikan semua anggota di bawah jagaan dibekalkan dengan pakaian seragam.
- Menjalankan audit klinikal di unit-unit tertentu mengenai pengurusan pesakit oleh PPP dari masa ke semasa.
SETIAUSAHA JKKP & PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN HOSPITAL
- Bertanggungjawab selaku Penolong Pegawai Keselamatan Hospital Jasin.
- Bertanggungjawab sebagai Setiausaha Jawatankuasa Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (JKKP).
- Memastikan Mesyuarat JKKP dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
- Membuat minit mesyuarat JKKP dan merancang perlaksanaan mesyuarat.
- Memastikan notifikasi penyakit pekerjaan, Sharp Injuries, kemalangan dan keracunan di tempat kerja dilaporkan ke Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (KPAS) di JKN Melaka.
- Menghantar laporan aktiviti-aktiviti JKKP setiap 3 bulan.
- Jawatankuasa bagi perancangan dan perlaksanaan latihan mengikut Pelan Tindakan Kebakaran, Banjir dan Bencana.
PERANCANGAN KURSUS DAN LATIHAN
- Menyediakan kertas kerja kursus dan latihan kepada anggota.
- Merancang perlaksanaan CME Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu.
- Mengesahkan kehadiran dan menilai keberkesanan kursus /latihan kepada anggota.
- Memastikan anggota mencapai sasaran menghadiri kursus 7 hari setahun
ARAHAN TAMBAHAN
Menjalankan tanggungjawab tambahan yang diarahkan oleh Pengarah Hospital Jasin seperti berikut :-
- AJK Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- AJK Kawalan Infeksi
- AJK Mortaliti & Morbiditi
- AJK Pemeriksaan dan Pelupusan Aset
- AJK Lanskap, Keceriaan, Amalan Hijau dan Pencegahan Denggi
- AJK Audit Verifikasi CPD
- AJK Pencalonan Anugerah Khidmat Cemerlang
- AJK Mesyuarat Validation/Penswastaan
- Tugas atas panggilan (oncall) – Rondaan Kawalan Keselamatan/Kebersihan Hospital
- Mewakili Pengarah menghadiri mesyuarat di peringkat jabatan
- Arahan-arahan dari masa ke semasa.
ANGGOTA UNIT PENYELIAAN HOSPITAL JASIN
Bil |
Nama Anggota |
Jawatan |
1. |
Yahya bin Abdul Rahman |
Penolong Pegawai Perubatan U36 |
2. |
Rosewan bin Ab Hamid |
Pembantu Perawatan Kesihatan U11 |