Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Unit Radiologi

PENGENALAN


Unit Radiologi Hospital Jasin telah mula beroperasi sejak tahun 2005 di mana unit ini merupakan satu unit sokongan perubatan yang sangat penting dalam perkhidmatan di Hospital Jasin. Perkhidmatan yang diberi banyak membantu pesakit dalam mendiagnosis penyakit dan seterusnya dapat memberi rawatan yang diperlukan.

Unit ini dilengkapi dengan sebuah mesin x-ray statik jenama Toshiba KXO-80G untuk pemeriksaan radiografi am. Bagi pemeriksaan mudah gerak di wad-wad dan di Unit Kecemasan Mesin Toshiba SRX-101A dan GE Optima 220 AMX digunakan.

Unit ini beroperasi 24 jam sehari. Masa pejabat adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Selepas pada waktu ini sehingga pukul 10:00 malam, Unit akan terus beroperasi dengan menerima pesakit dalam dan pesakit dengan kes-kes kecemasan. Selepas jam 10:00 malam sehingga jam 8:00 pagi kesesokan hari, unit akan beroperasi secara atas panggilan dan akan dikendalikan oleh seorang Juru X-ray bersama dengan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Bagi kes yang tidak urgent dan urusan temujanji adalah pada waktu pejabat.

Unit ini terletak di aras bawah iaitu di belakang Unit Kecemasan, berhadapan Unit Farmasi dan bersebelahan Unit Tabung Darah/Patologi.

 

MISI

Menghasilkan filem-filem x-ray yang tinggi nilai diagnosisnya melalui perkhidmatan berkualiti dan beretika, cekap dan profesional untuk memenuhi keperluan ekspektasi semua pelanggan.

 

VISI

Mewujudkan satu unit yang cemerlang dan profesionalisme.

 

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan pengimejan yang cepat, cekap dan berkualiti
  • Menghasilkan radiograf yang mempunyai nilai diagnostik yang berkesan
  • Memastikan peratus filem yang ditolak adalah sama atau tidak melebihi 2.5%
  • Memberi perkhidmatan pengimejan yang selamat dan professional dengan mengaplikasikan perlindungan radiasi mengion.
  • Memastikan peralatan berkeadaan baik dan mengelakkan pengulangan dilakukan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Unit ini menyediakan perkhidmatan :

  • Pemeriksaan radiografi am
  • Pemeriksaan radiografi mudah gerak
  • Perkhidmatan Ultrasound (Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan Radiologi Atas Lawatan)
  • Perkhidmatan Fluroskopi C-Arm Dewan Bedah
  • Perkidmatan penghantaran Laporan Radiografi ke Hospital Melaka
  • Perkhidmatan Temujanji Pemeriksaan Khas Di Hospital Melaka

  

ANGGOTA UNIT PENGIMEJAN

Bil Nama Anggota Jawatan
1. Dr Tan Aie Wie
(Ketua Unit)
Pakar Radiologi UD14
2. Suhaizan binti Sulaiman
(Pegawai Yang Menjaga)
Juru X-Ray Kanan U32
3. Dr Nur'Aliah Fatinah binti Mohd Jamel Pegawai Perubatan UD10
4. Nor Shamila binti Mohd Jarin Juru X-Ray U6(TBK)
5. Wan Suryani binti Wan Ismail uru X-Ray U6(TBK)
6. Effi Izzati binti Jamil Juru X-Ray U5
7. Md Akhir bin Ahmad Juru X-Ray U5
8. Rosewan bin Ab Hamid Pembantu Perawatan Kesihatan U1
9. Nuha Anis Balkhis binti Karim Pembantu Perawatan Kesihatan U1
10. Faravivawati binti Northani Pembantu Perawatan Kesihatan U1

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024
  Kemudahan Cuti

 

Statistik Pelawat

Hari ini 58

Semalam 133

Minggu ini 594

Bulan ini 2621

Jumlah Pelawat 189880

  • Last Modified: Selasa 21 April 2026, 09:41:36.