Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Unit Farmasi

PENGENALAN 

Unit Farmasi Hospital Jasin diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi yang dilantik oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini terdiri daripada 5 sub-unit iaitu : 

  • Farmasi Ambulatori
  • Farmasi Bekalan Wad
  • Farmasi Wad
  • Farmasi Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna 
  • Farmasi Logistik

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Farmasi Ambulatori

Farmasi Ambulatori memberi perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar mengikut preskripsi. Selain itu, Farmasi Ambulatori juga menawarkan perkhidmatan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Kad Temujanji bagi memudahkan akses pesakit mendapatkan ubat-ubatan susulan.  Khidmat nasihat melalui kaunseling ubat-ubatan dan Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic (DMTAC) juga disediakan.

Farmasi Ambulatori juga telah memulakan sistem myUBAT pada 5 Julai 2021. Pelanggan boleh memilih tarikh dan masa janji temu pengambilan ubat susulan melalui sistem ini bagi membolehkan akses pengambilan ubat yang lebih fleksibel.

 

  •  Farmasi Bekalan Wad

Farmasi Bekalan Wad memberikan perkhidmatan pembekalan ubat secara Unit of Dose (UoD) dan pembekalan ubat secara pukal (floor stock) untuk kegunaan pesakit di wad.  Kaunseling ubat-ubatan secara bedside counseling dan discharge dispensing juga diberikan. Farmasi Bekalan Wad juga bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan wad/unit bagi memastikan ubat-ubatan yang dibekalkan berada dalam keadaan baik dan tiada pembaziran stok.

 

  •  Farmasi Wad

Farmasi Wad memberikan perkhidmatan mendapat dan menilai sejarah pengubatan pesakit di dalam wad. Farmasi Wad juga membuat pemantauan medication reconciliation semasa pesakit dimasukkan ke wad, berpindah atau discaj. Isu-isu penjagaan farmaseutikal dikenalpasti dan kesesuaian farmakoterapi pesakit dibuat selepas ward round dan perbincangan dengan pakar/pegawai perubatan. Farmasi Wad juga memberikan nasihat dan syor bagi perkhidmatan therapeutic drug monitoring (TDM) bagi ubat-ubatan dengan narrow therapeutic index.

 

  •  Farmasi Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna

Farmasi Maklumat Ubat memberi khidmat nasihat ubat-ubatan daripada pertanyaan yang diterima daripada orang ramai, pesakit dan juga petugas-petugas kesihatan. Sub unit ini juga terlibat secara langsung dengan program kaunseling berkumpulan di wad dan pesakit luar. Selain itu, pendidikan pengguna bersama masyarakat juga dirancang dan dijalankan di bawah program Kenali Ubat Anda (KUA). Sub unit ini juga bertanggungjawab menerbitkan buletin farmasi untuk menyebarkan maklumat unit kepada semua anggota hospital.

Tugasan berkaitan kualiti iaitu pengumpulan data, laporan ADR dan Kesilapan Pengubatan juga diselia oleh sub unit ini.  Sub unit ini juga bertanggungjawab dalam proses permohonan ubat-ubat bukan standard, ubat kelulusan khas KPK dan ubat-ubatan Kategori A dan A* (ubat-ubatan yang memerlukan kelulusan pakar/pakar perunding).

Selain itu, Farmasi Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna juga turut bertanggungjawab dalam merancang latihan anggota bagi tujuan perkembangan profesyen dan kompetensi.

 

  •  Farmasi Logistik

Farmasi Logistik menjalankan aktiviti perolehan ubat-ubatan, peralatan pakai buang, IV drips, vaksin, gas perubatan dan reagen. Bersekali dengan aktiviti perolehan ini, aktiviti penerimaan, penyimpanan, perekodan dan pengeluaran turut dijalankan. Segala aktiviti di unit ini mematuhi Tatacara Pengurusan Stor (TPS) yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

Sub unit ini bertanggungjawab secara langsung memastikan peruntukan yang diterima adalah mencukupi dan paras stok item-item yang disimpan adalah sesuai dengan arahan semasa (3 bulan).

Sub unit ini juga menjalankan pemeriksaan stok secara berkala/adhock bagi memastikan bekalan item disimpan dengan baik di unit-unit/wad-wad.

 

  

PIAGAM PELANGGAN UNIT 

  • Setiap pelanggan akan dilayan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
  • Memastikan ubat-ubatan pesakit di Farmasi Ambulatori dibekalkan dalam masa 30 minit dengan syarat: 
    • Preskripsi adalah sah, lengkap, dan betul.
    • Tidak termasuk ubat-ubatan ekstemporaneous (ubat-ubat yang perlu dibacuh)
  • Pemesan di Farmasi Logistik menerima pesanan dalam tempoh 7 hari selepas pesanan diluluskan.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin - Jumaat  :

8.00 pagi - 12.00 malam

Sabtu- Ahad dan cuti umum:

9.00 pagi - 12.00 malam

Kecuali Farmasi Logistik yang beroperasi pada hari bekerja biasa dan waktu pejabat 8.00 pagi - 5.00 petang.

 

ANGGOTA UNIT FARMASI

Bil

Nama Anggota

Jawatan

1.

Pn. Fadzilah binti Shafie

Ketua Pegawai Farmasi UF54

2.

Pn. Erwany binti Md Dewa

Pegawai Farmasi UF54

3.

Pn. Low Jia Hui

Pegawai Farmasi UF52

4.

Pn. Ng Shy Pyng

Pegawai Farmasi UF52

5.

En. Denish A/L K Wasso Devan

Pegawai Farmasi UF48

6.

En. Aminuddin bin A Azman Tan

Pegawai Farmasi UF48

7.

Pn. Nadzirah binti Anuar

Pegawai Farmasi UF48

8.

Pn. Norfarahen binti Selamat

Pegawai Farmasi UF48

9.

Pn. Nurul Atika binti Wahab

Pegawai Farmasi UF48

10.

Pn. Theebasiny A/P Gopal Kerisnan

Pegawai Farmasi UF44

11.

Pn. Rosnah binti Muhammad

Penolong Pegawai Farmasi U36

12.

Pn. Nor Asra binti Abu Husin

Penolong Pegawai Farmasi U32

13.

Pn. Nor Aslinda binti Mohd Lazim

Penolong Pegawai Farmasi U32

14.

Pn. Nur Izdihar Suhada binti Ibrahim

Penolong Pegawai Farmasi U29

15.

Pn. Noor Hidayah binti Musa

Penolong Pegawai Farmasi U29

16.

Pn. Nurhidayah binti Zakaria

Penolong Pegawai Farmasi U29

17.

Pn. Auni Arjuni binti Adnan

Penolong Pegawai Farmasi U29

18.

Pn. Zarina Fazilah binti Abdul Razak

Pembantu Tadbir N22

19.

Pn. Rohaini binti Ngadnin @ Ngadenin

Pembantu Tadbir N22 (KUP)

20.

Pn. Norbaity binti Salleh

Pembantu Tadbir N19 

21.

Pn. Juliana binti Mahat

Pembantu Awam H11

22.

En. Rosli bin Dris

Pembantu Awam H11

23.

En. Muhammad Syafiq bin Ibrahim

Pembantu Awam H11

24.

En. Mohd Rizal bin Mohd Isa

Pembantu Awam H11 

25.

Pn. Vickneswary A/P Kannan

Pembantu Operasi N11

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information

  Hospital Jasin Laboratory Handbook
  (3rd Virtual Edition, Rev 2)

  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antibiotic Policy Hospital Kluster Melaka

 

Statistik Pelawat

Hari ini 92

Semalam 97

Minggu ini 505

Bulan ini 189

Jumlah Pelawat 54580

  • Last Modified: Jumaat 26 Mei 2023, 07:48:50.