Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah kesinambungan dari Amalan 5S dengan menggariskan matlamat yang sama iaitu menggalakkan idea kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.

EKSA menambahbaik amalan 5S dengan menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Terdapat 5 elemen baharu di dalam EKSA iaitu:

  • Imej korporat
  • Kreativiti dan inovasi
  • Amalan hijau
  • Persekitaran kondusif
  • Kepelbagaian agensi

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan pelaksanaan EKSA DIY di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri pada Januari 2019.  Selepas Jabatan Kesihatan Negeri mendapat pengiktirafan EKSA DIY, Jabatan Kesihatan Negeri boleh mengaudit Pusat Tanggung Jawab (PTJ) di bawah seliaan untuk memberikan pengiktirafan.

Untuk makluman, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah mendapat pengiktirafan EKSA DIY pada 1 Januari 2020 dan berakhir pada 31 Disember 2021.

Pelaksanaan EKSA DIY di Hospital Jasin masih lagi di dalam perancangan.

 

Bil Perkara/Tajuk Pautan
1 Perlaksanaan Amalan Hijau EKSA Do-It-Yourself (DIY) Di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kementerian Kesihatan Malaysia Lihat

 

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information

  Hospital Jasin Laboratory Handbook
  (3rd Virtual Edition, Rev 3)

  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antibiotic Policy Hospital Kluster Melaka

 

Statistik Pelawat

Hari ini 118

Semalam 108

Minggu ini 226

Bulan ini 3003

Jumlah Pelawat 71974

  • Last Modified: Sabtu 25 November 2023, 12:33:05.