PENGENALAN
Unit Patologi merupakan unit makmal yang bersepadu di Hospital Jasin. Unit ini terletak di tingkat bawah bersebelahan Unit Daftar Masuk & Hasil di ruang lobi Hospital Jasin. Unit ini menawarkan perkhidmatan diagnostik yang terbahagi kepada 4 disiplin utama iaitu Patologi Kimia, Hematologi, Perubatan Mikrobiologi dan Transfusi.
Unit Patologi Hospital Jasin diketuai oleh seorang Pakar Patologi dan dianggotai oleh Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Unit Patologi Hospital Jasin terlibat dengan konsep Hospital Kluster Negeri Melaka dan unit juga telah menerima pengiktirafan pensijilan MS ISO 15189 : 2022.
VISI
Kluster Patologi Melaka akan menyediakan perkhidmatan diagnostik yang komprehensif, berkualiti dan penyeliaan yang efisien, kos efektif, menepati masa dan inovatif bagi menyokong pengurusan dan perkhidmatan pesakit yang berkesan selaras dgn konsep Hospital Kluster Melaka.
MISI
Kami komited untuk bekerjasama sebagai satu pasukan profesional untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, dipercayai dan berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan pesakit dalam suasana yang prihatin dan mesra.
POLISI
- Mengamalkan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan Patologi dengan memastikan semua staf mempunyai kelayakan yang bersesuaian, terlatih dan kompetensi dalam melaksanakan tugasan.
- Memastikan perkhidmatan diagnostik yang berkualiti dan efisien bagi memenuhi keperluan pelanggan.
- Memastikan Kluster Patologi dilengkapi dengan peralatan berteknologi terkini yang diselenggara dan berfungsi dengan baik bagi memastikan keputusan ujian makmal yang tepat dan dipercayai.
- Memastikan Kluster Patologi mematuhi keperluan standard kualiti yang diiktiraf peringkat kebangsaan dan antarabangsa secara konsisten.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan Patologi yang mematuhi keperluan MS ISO 15189 pada setiap masa melalui audit dalam.
- Mengekalkan perkhidmatan mesra pelanggan melalui kepuasan maklum balas pelanggan.
- Menyediakan keputusan dan laporan ujian yang tepat dan cepat bagi perawatan pesakit.
- Memastikan semua staf mengetahui kandungan Manual Kualiti Makmal dan mematuhi dasar dan prosedur yang berkaitan dengan kerja mereka.
- Memastikan semua staf terlatih dan kompeten dengan tugasan mereka dengan menyediakan latihan dan peluang dalam meningkatkan pembangunan kerjaya.
- Memastikan Kluster Patologi dilengkapi dengan peralatan yang sesuai, diselenggara dan berfungsi dengan baik.
- Memastikan peralatan yang diguna pakai menjalani verifikasi.
- Menyemak polisi dan prosedur kualiti bagi memastikan kesesuaian berterusan.
SKOP PERKHIDMATAN
Unit Patologi menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
- Patologi Kimia – ujian rutin biokimia, ujian biokimia dalam air kencing dan ujian pengesanan dadah berbahaya dalam air kencing.
- Hematologi - ujian kaji darah, haemostasis dan full blood picture.
- Mikrobiologi Perubatan - ujian pengkulturan dan sensitiviti bakteriologi, malaria, pengesanan Tibi danviral screening rapid test.
- Transfusi - perkhidmatan transfusi darah.
WAKTU OPERASI
Unit Patologi beroperasi 24 jam.
ANGGOTA UNIT PATOLOGI
|
Ketua Unit (Nombor Bilik : 219) |
|
Dr. Siti Sarah binti Shahimi |
Pakar Perubatan Patologi UD14 |
|
Pegawai Perubatan (Nombor Bilik : 213) |
|
Dr. Sazzale bin Ahmad |
Pegawai Perubatan UD10 |
|
Dr. Nur Azlin binti Mohd Sukhaimi |
Pegawai Perubatan UD10 |
|
Pegawai Sains (Nombor Bilik : 216 / 211) |
|
Mohd Fariz bin Mohd Hidzir |
Pegawai Sains (Kimia Hayat) C10 |
|
Khairul Anuar bin Abu Kassim |
Pegawai Sains (Kimia Hayat) C10 |
|
Nur Afzan binti Ramli |
Pegawai Sains (Mikrobiologi) C9 |
|
Marziati binti Mat Yunan |
Pegawai Sains (Mikrobiologi) C9 |
|
Juruteknologi Makmal Perubatan (Nombor Ruang : 214 / 217) |
|
Norehan binti Abdollah |
JTMP U6 |
|
Noriza binti Sabat |
JTMP U6 |
|
Masromzi bin Ali |
JTMP U6 |
|
Nurul Hayat binti Mohd Amin |
JTMP U6(TBK1) |
|
Zulhairi bin Mudzafar |
JTMP U6(TBK1) |
|
Nur Hanisah binti Abdul Halim |
JTMP U6(TBK1) |
|
Noraziah binti Idres |
JTMP U6(TBK1) |
|
Rosni binti Dun |
JTMP U6(TBK1) |
|
Zuzailina binti Mahadun |
JTMP U5 |
|
Mohd Rauf bin Mohd Nor |
JTMP U5 |
|
Muhammad Sabri bin Awang |
JTMP U5 |
|
Nur Afika binti Rabit |
JTMP U5 |
|
Sarenya a/p Kumaran |
JTMP U5 |
|
Alia binti Hisammudin |
JTMP U5 |
|
Pembantu Perawatan Kesihatan (Nombor Ruang : 214 / 217) |
|
Mohammad Rahman bin Saidee |
PPK U1 |
|
Zakaria bin Hashim |
PPK U1 |
Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen Patologi Kimia
|
Bil |
Test |
Lab Turn-Around-Time |
|
1. |
Renal Profile |
1 jam |
|
2. |
Total Serum Bilirubin |
1 jam |
Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen Hematologi
|
Bil. |
Test |
Lab Turn-Around-Time |
|
1. |
Full Blood Count |
45 minit |
|
2. |
PT / APTT |
60 minit |
|
3. |
Full Blood Picture |
3 hari |
Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen Mikrobiologi
|
Bil. |
Test |
Lab Turn-Around-Time |
|
1. |
CSF Microscopy |
1 jam |
|
2. |
BFMP |
2 jam |
|
3. |
Dengue Combo Rapid Test |
1 jam |
|
4. |
Covid – 19 Antigen Rapid Test |
1 jam |
|
5. |
HIV Rapid Test |
2 jam |
Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen Tabung Darah
|
Bil. |
Test |
Lab Turn-Around-Time |
|
1. |
Urgent Crossmatch & Safe O |
30 minit |



