PENGENALAN
Unit Dewan Bedah adalah salah satu unit yang terdapat dalam Perkhidmatan Klinikal di bawah Jabatan Pembedahan dan Anestesiologi di Hospital Jasin. Unit ini telah mula diwujudkan pada tahun 2004. Unit ini mula diduduki pada 1 Oktober 2006 dan telah beroperasi secara rasmi pada 10 Oktober 2006. Terletak di aras 1, bersebelahan Unit Pembekalan Alatan Steril (UPBS) dan berhadapan dengan Wad 2A (Perempuan). Dilengkapi dengan dua Bilik Bedah (OR), satu ruang penerimaan pesakit, satu ruang pemulihan (masing-masing boleh menempatkan 2 orang di ruang penerimaan pesakit dan 4 orang di ruang pemulihan pada satu-satu masa) serta ruang-ruang sokongan yang lain.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan perioperative dan pembiusan dengan cekap, selamat dan berkesan.
- Memberi rawatan intensif yang berkualiti kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya.
VISI
Dewan Bedah Hospital Jasin akan menjadi tempat pembedahan yang menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti termasuk latihan melalui anggota pasukan professional, dedikasi, efisyen, dan bersifat penyayang dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.
MISI
Berhasrat untuk menjadi pusat rujukan dan rawatan yang cemerlang dengan:
- Memberi perkhidmatan perioperative, pembiusan dan pembedahan secara komprehensif dan efektif kepada pesakit bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti yang disebabkan oleh proses rawatan.
- Mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada pelanggan yang tidak stabil bagi mengurangkan risiko mortaliti dan morbiditi serta meningkatkan tahap proses penyembuhan pesakit.
- Memberi perkhidmatan pembiusan samada secara tempatan - local, kawasan - regional mahupun am - general dan melakukan penilaian pra-anestesia serta pengendalian rawatan post-anestesia kepada pesakit secara sistematik.
- Memberi jagaan perawatan kesihatan secara holistik kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan
- Menyediakan laporan-laporan yang diperlukan bagi tujuan dokumentasi dan data penyelidikan.
- Menyediakan keperluan yang secukupnya bagi memastikan kelangsungan aktiviti perawatan di Dewan Bedah dapat dilakukan secara efektif dan teratur.
- Memastikan pembasmian kuman dilakukan secara berkesan dan sistematik bagi mengurangkan risiko jangkitan pada luka pembedahan.
- Perlaksanaan perkhidmatan yang berkualiti melalui kerja berpasukan dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit
- Memupuk dan membentuk anggota yang profesionalisme, terlatih, berdidikasi, efisyen dan bersifat penyayang.
- Membangunkan unit untuk menjadi tempat latihan dan pendidikan yang diperakui.
- Hospital Jasin akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan komprehensif, latihan dan penyelidikan yang dikendalikan oleh anggota yang professional, cekap dan penyayang dengan menekankan kemuliaan insan.
SKOP PERKHIDMATAN
- Menyediakan perkhidmatan pembiusan ke atas pesakit samada secara regional mahupun pembiusan am sebelum sesuatu prosedur diagnostik mahupun teraputik dilakukan berdasarkan keadaan dan keperluan pesakit.
- Menyediakan kemudahan untuk prosedur pembedahan samada untuk tujuan diagnostik ataupun teraputik, major atau minor yang melibatkan pembiusan secara local, regional ataupun pembiusan am.
- Melakukan kes pembedahan elektif dan kecemasan yang merangkumi Pembedahan Am, Pembedahan Ortopedik, Pembedahan Plastic & Reconstructive dan Pembedahan Pergigian.
PERKHIDMATAN FASILITI
- Kemudahan untuk pesakit
- Ruang Penerimaan
- Dua Bilik Bedah yang lengkap
- Ruang Menunggu selepas pembedahan
- Kemudahan untuk kakitangan Dewan Bedah
- Bilik Kakitangan
- Surau
- Bilik Persalinan lelaki dan perempuan
- Bilik Pegawai Perubatan
- Bilik Ketua Jururawat
- Bilik Pakar Anestesiologi
ANGGOTA UNIT DEWAN BEDAH
| Bil | Nama Anggota | Jawatan |
| 1 | Dr Anis ‘Amirah binti Mohd Nasir (Pegawai Yang Menjaga) |
Pegawai Perubatan UD13 |
| 2 | Siti Anita binti Abdul Hamid (Pegawai Operasi) |
Ketua Jururawat U6 |
| 3 | Kasmah binti Ali | Jururawat U6(KUP) |
| 4 | Marieah binti Md Raya | Jururawat U6(KUP) |
| 5 | Noorhayati binti Mohd Noor | Jururawat U6(KUP) |
| 6 | Noraida binti Muhammad | Jururawat U6(KUP) |
| 7 | Wan Noraini binti Wan Adam | Jururawat U6(KUP) |
| 8 | Muhammad Ihsan bin Samsudin | Penolong Pegawai Perubatan U5 |
| 9 | Salisham bin Saleh | Penolong Pegawai Perubatan U5 |
| 10 | Vasugee A/P Suppramaniam | Jururawat U5 |
| 11 | Nurul Akhmahani binti Mat Ali | Jururawat U5 |
| 12 | Norashikin binti Mohamad | Jururawat U5 |
| 13 | Nurul Hazirah binti Abdul Razak | Jururawat U5 |
| 14 | Sa’adiah binti Muzakir | Jururawat U5 |
| 15 | Abdul Rahman bin Kasim | Pembantu Perawatan Kesihatan U1 |
| 16 | Mohd Naim bin Nordin | Pembantu Perawatan Kesihatan U1 |
| 17 | Shamsuri bin Mohd | Pembantu Perawatan Kesihatan U1 |



