
Hospital Jasin | 15 Ogos 2025 - Hospital Jasin telah menerima kunjungan dari delegasi Hospital Kluster Johor Selatan (Hospital Sultanah Aminah, Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Hospital Pontian dan Hospital Permai) untuk sesi perkongsian ilmu. Di antara isu yang dikongsi/bincangkan adalah seperti berikut :-
- Tadbir Urus Privileging Kluster
- Pengurusan Katil Hospital Kluster Melaka
- Forum Pendigitalan Rekod Perubatan Pesakit dan Pembiayaan Perubatan
Delegasi juga telah dibawa untuk melawat ke beberapa lokasi di Hospital Jasin bagi meninjau pelaksanaan Medical Programme Information System (MPIS). Semoga perkongsian ilmu sebegini dapat menjadi pemangkin kepada tindakan pengukuhan perkhidmatan kesihatan yang lebih cemerlang demi kesejahteraan rakyat.
ALBUM GAMBAR



