
Hospital Jasin | 15 Mei 2025 - Tahniah diucapkan kepada 38 orang warga Hospital Jasin yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2024 pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka yang telah berlangsung di Grand Ballroom MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin dan penjana semangat kepada penerima dan juga kepada seluruh warga kerja Hospital Jasin supaya terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti tinggi pada setiap masa.
ALBUM GAMBAR



