
Hospital Jasin | 6 hingga 7 Mei 2025 - Unit Pengurusan Hospital Jasin telah berjaya menganjurkan Kursus Budaya Korporat dan Pemantapan Diri bagi Tahun 2025 selama 2 hari. Sesi pertama pada 6 Mei 2025 telah diadakan di Dewan Merak Kayangan, Hospital Jasin dan dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Mohd Farid bin Mohd Tongat, Penolong Pegawai Penerangan Hospital Melaka. Sesi kedua pula adalah pada 7 Mei 2025 bertempat di USIMA Forest Resort, Ayer Keroh.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kursus bertujuan untuk memantapkan sahsiah diri dan juga menerapkan budaya komunikasi berkesan di kalangan peserta dan seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
ALBUM GAMBAR



