
Hospital Jasin | 29 April 2025 - Hospital Jasin telah menerima kunjungan dari delegasi Fakultas Kesehatan Masyarakat, Universitas Airlangga, Indonesia yang bertujuan untuk membina jaringan kerjasama serantau di peringkat antarabangsa di antara Hospital Kluster Melaka dan Universitas Airlangga, Indonesia.
Selain itu, delegasi juga dapat menimba ilmu pengetahuan baru berdasarkan amalan dan pengalaman pengurusan hospital di fasiliti kesihatan luar negara dan mengadakan sesi perbincangan bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang berpotensi untuk menambah baik sistem pengurusan hospital.
ALBUM GAMBAR



