Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH KHAS

Hospital Jasin | 24.04.2025 – Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin telah menganjurkan satu program istimewa bertajuk Kursus Pengurusan Jenazah Khas yang telah berjaya menghimpunkan 56 orang peserta dari pelbagai latar belakang — merangkumi 21 staf hospital dan 35 pengendali jenazah luar dari kalangan Imam, Bilal, Noja serta sukarelawan pengurusan jenazah di sekitar daerah Jasin.

Kursus ini memberi fokus kepada pengurusan jenazah dalam situasi luar kebiasaan seperti jenazah berpenyakit berjangkit, terbakar, reput (decomposed), rangka manusia, bayi, serta anggota badan manusia.  Selain ceramah, peserta juga diberikan pendedahan secara teori dan praktikal melalui pendekatan interaktif dan simulasi sebenar.  Program seperti ini akan terus dianjurkan secara berkala bagi memperkasa peranan hospital sebagai pusat ilmu dan rujukan kepada komuniti.

ALBUM GAMBAR

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024
  Kemudahan Cuti

 

Statistik Pelawat

Hari ini 57

Semalam 144

Minggu ini 357

Bulan ini 2384

Jumlah Pelawat 189643

  • Last Modified: Selasa 21 April 2026, 09:41:36.