
Hospital Jasin | 21 Februari 2025 - Hari Bertemu Pelanggan Hospital Jasin telah dianjurkan bersama oleh Unit Rehabilitasi dan Unit Dietetik & Sajian bertempat di Lobi Utama Hospital Jasin. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di mana Unit Rehabilitasi telah menyediakan aktiviti "Ketahui Status Tangan Anda", Saringan Skoliosis dan juga Ujian Keseimbangan Badan. Unit Dietetik & Sajian pula menyediakan aktiviti "Uji Rasa" bagi projek inovasi mereka iaitu jem yang dihasilkan dari kulit tembikai.
ALBUM GAMBAR



