
Bahagian Perubatan JKN Kedah dan JKN Perlis telah mengadakan lawatan kerja ke JKN Melaka dari 6 hingga 8 Februari 2024 bagi mendapatkan maklumat mengenai strategi pelaksanaan Sistem Casemix, implementasi pengekodan diagnosis ICD-11, Hospital Kluster, HIS@KKM dan Sistem MPIS di negeri Melaka.
Hospital Jasin amat berbesar hati kerana delegasi dari JKN Kedah dan Perlis telah sudi berkunjung ke Hospital Jasin pada 8 Februari 2024. Delegasi telah diberikan taklimat pelaksanaan Sistem MPIS di Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah serta melihat program-program kelestarian di Hospital Jasin.
ALBUM GAMBAR



