![]() |
![]() |
Perkhidmatan LOKAR UBAT akan ditawarkan di Hospital Jasin bermula Januari 2024. Perkhidmatan ini merupakan salah satu perkhidmatan nilai tambah yang ditawarkan bagi memudahcara pengambilan ubat-ubatan susulan selain perkhidmatan sedia ada iaitu "Park & Take" dan "Ubat Melalui Pos (UMP)". Antara keistimewaan perkhidmatan ini adalah masa pengambilan ubat yang lebih flexible dimana ubat boleh diambil di luar waktu pejabat di lokar khas serta menjimatkan masa.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Farmasi Pesakit Luar Hospital Jasin di talian 06-5293962 (ext 501/504).





