
Majlis Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Peringkat Hospital Jasin telah diadakan pada 2 November 2023 bertempat di Dataran Ilmu. Hospital Jasin dan dirasmikan oleh Dr. Azhar bin Mohd Sali, Pengarah Hospital Jasin. Majlis turut meraikan Tn. Hj. Malek bin Yusof, PPK Unit Patologi yang akan bersara mulai 1 Januari 2024.
Sambutan Hari PPK merupakan acara tahunan yang disambut pada 1 November setiap tahun bagi meraikan semua Pembantu Perawatan Kesihatan di seluruh negara di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan di dalam menyokong sistem kesihatan negara. Tema sambutan tahun ini adalah “Pembantu Perawatan Kesihatan Cemerlang, Kerjaya Gemilang”.
ALBUM GAMBAR



