
Perkhidmatan Kluster Patologi Negeri Melaka dan Hospital Jasin telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Bahan Kimia Peringkat Negeri Melaka pada 29 hingga 30 Ogos 2023 bertempat di Dewan Merak Kayangan, Hospital Jasin. Seramai 45 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan unit dari ketiga-tiga hospital di negeri Melaka di antaranya terdiri dari Pakar Patologi, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Pegawai Farmasi, Juruteknologi Makmal Perubatan, Paramedik dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pemahaman risiko bahan kimia terhadap kesihatan terutamanya di tempat kerja, berkongsi kaedah pengurusan bahan kimia seperti pengendalian, penggunaan, penyimpanan dan pelupusan disamping dapat memberi pendedahan terhadap undang-undang dan prosedur berkaitan bahan kimia yang boleh dijadikan panduan dalam mana-mana organisasi terlibat.
Majlis perasmian pada 29 Ogos 2023 telah disempurnakan oleh Dr. Abdul Karim bin Abdul Rahman. Timbalan Pengarah Hospital Jasin. Penceramah jemputan terdiri daripada Pegawai Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Melaka, Pegawai Perubatan Hospital Melaka (wakil JKKP, Jabatan Patologi Hospital Melaka) dan wakil pembekal iaitu syarikat Dupont Sdn Bhd dan Polyscientific Enterprise Sdn Bhd. Pengisian bengkel bukan sahaja memberi pendedahan melalui aktiviti ceramah tetapi turut diadakan semakan dokumen, latihan praktikal, pameran dan kuiz pemahaman. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang pada 30 Ogos 2023 pula telah disempurnakan oleh Dr Azhar bin Mohd Sali, Pengarah Hospital Jasin.
ALBUM GAMBAR



