
Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Hospital Jasin telah mengadakan CME bertajuk Pengurusan & Penaksiran Risiko Ergonomik Dalam Kesihatan Pekerjaan pada 8 Jun 2022 (Rabu) dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Dewan Merak Kayangan, Hospital Jasin dan dihadiri oleh 40 orang peserta.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Siti Nurani Hassan dari Jabatan Perundingan, Penyelidikan dan Pembangunan (CRD), NIOSH Malaysia. Pameran Ergonomik juga turut diadakan semasa program ini berlangsung.
ALBUM GAMBAR



