
YBhg Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kluster Melaka pada 12 April 2022 bermula dengan lawatan ke Lead Hospital iaitu Hospital Melaka dan seterusnya ke Non Lead Hospital iaitu Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan dan kemajuan pelaksanaan Hospital Kluster Melaka supaya lebih banyak perkhidmatan kesihatan dapat diberikan secara optimum dan memberi manfaat kepada orang ramai melalui perkhidmatan secara bersepadu di antara ketiga-tiga hospital.
ALBUM GAMBAR



