
Audit Dalam MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2021 telah dijalankan di peringkat Hospital Jasin pada 9 hingga 12 November 2021. Audit ini adalah mengikut piawaian persijilan ISO yang melibatkan 14 kumpulan Pasukan Juruaudit yang terdiri daripada 30 orang Juruaudit. Penyeliaan audit dalam ini adalah melibatkan semua unit-unit di Hospital Jasin.
Mesyuarat Pembukaan telah diadakan pada 9 November 2021 (Selasa) manakala Mesyuarat Penutupan pula telah diadakan pada 12 November 2021 (Jumaat) dan dihadiri oleh Pengarah Hospital Jasin, Ketua-Ketua Unit dan barisan Juruaudit.
Hasil daripada audit mendapati beberapa aspek penemuan yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik dengan lebih berkesan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti di peringkat hospital dapat dikekalkan di masa hadapan, contohnya penilaian risiko, mengemaskini dokumentasi yang lebih lengkap dan pemantauan indikator yang telah ditetapkan dengan lebih teliti.
ALBUM GAMBAR



