Soalan Lazim

Am
Bilakah masa melawat bagi Hospital Alor Gajah?

Masa melawat bagi Hospital Melaka adalah seperti berikut:

  • 12.30 tengahari  - 2.00 petang
  • 4.30 petang - 7.00 malam
Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)

Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan dan lain-lain kondisi kecemasan.

Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital?

Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.

Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.

Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

Apa itu hospital kluster?

Gabungan hospital-hospital berhampiran yang berfungsi sebagai satu entity dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan dan rawatan.

Projek Hospital Kluster Melaka melibatkan :

  • Hospital Melaka
  • Hospital Alor Gajah
  • Hospital Jasin

Kenapa dilaksanakan?

  • Memperkukuh system penyampaian perkhidmatan
  • Memperkasa kepimpianan di peringkat jabatan
  • Menambahbaik akses kepada perkhidmatan rawatan berpakar
  • Meningkatkan tahap kualiti rawatan dan pemulihan pesakit
  •  Memperkasa latihan untuk anggota kesihatan (kemahiran & kompetensi)
  • Meningkatkan keberkesanan & kecekapan perkhidmatan dengan menggunakan sumber sedia ada secara optimum
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan/ pesakit dan anggota kesihatan

Faedah

  • Rawatan kepakaran berhampiran dengan rumah
  • Mengurangkan risiko berjalan jauh
  • Mengurangkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang proses rawatan
  • Mengurangkan kerumitan mendapat rujukan pakar
  • Memudahkan waris melawat/ menjaga pesakit
  • Rawatan segera mempercepatkan proses pemulihan pesakit
  • Menjimatkan masa & perbelanjaan dari segi kos pengangkutan
  • Prosedur pembedahan dilaksanakan oleh doctor pakar berpengalaman
  • Rawatan secara menyeluruh bersepadu dan focus terhadap pesakit 

Ringkasnya 

Projek Hospital Kluster Negeri Melaka membolehkan Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin memberikan rawatan kepakaran yang diselaraskan oleh Hospital Melaka.

Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.