Kami berjanji akan :
- Memberi layanan dengan hormat, sopan dan penyayang tanpa mengira bangsa, agama, umur , jantina ataupun sosio–ekonomi pelanggan.
- Memastikan masa menunggu diJabatan Kecemasan dan Trauma seperti berikut:
- 100% kes di zon merah dilihat serta merta
- 100% kes di zon kuning dilihat dalam masa 15 minit atau kurang.
- Setiap pesakit akan dirawat dengan professional.
- Memberikan perkhidmatan yang cekap dan selamat kepada pelanggan
- Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan dan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit, tertakluk kepada undang-undang.
- Memberikan akuan penerimaan aduan secara bertulis atau e-mail kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas aduan diterima.
- Memastikan laporan perubatan pesakit disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja( Hospital Utama ) / 14 hari bekerja ( Hospital Daerah ) dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Masa menunggu untuk mendapatkan ubat di kaunter Farmasi Pesakit Luar adalah dalam tempoh 30 minit.
Untuk melaksanakan Hospital Alor Gajah melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan,
- Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.