Unit Kualiti merupakan satu unit di bawah Bahagian Pengurusan yang berperanan sebagai pusat pengedalian semua aktiviti – aktiviti kualiti yang berjalan di Hospital Alor Gajah.
Skop Perkhidmatan
- Mengawasi perlaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti seperti yang ditetapkan oleh KKM
- Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital
- Mengedalikan dan mengurus urusan berkaitan pengauditan dan servey yang dijalankan sama ada dalaman atau luaran
- Menyelaras aktiviti-aktiviti kualiti melalui Jawatankuasa Kerja Kualiti di Hospital Alor Gajah(Terdapat 19 Jawatankuasa Kerja Kualiti di Hospital Alor Gajah)
- Memantau dan menerima semua data-data Performance Indicators (KPI, NIA, HPIA dll.) secara bulanan atau ad-hoc dari semua unit dan Jawatankuasa Kerja Kualiti
- Memantau pencapaian setiap indicator dan menyelaras tindakan yang perlu sekiranya terdapat sebarang “outlier” atau “Shortfall in quality”
- Mengurus, menyelaras, mendokumentasi dan mengaplikasi sistem pengurusan dokumen kualiti secara efisyen.