Unit Hasil & Daftar Masuk merupakan satu unit di bawah pengawasan Unit Kewangan, Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Hospital Alor Gajah. Unit ini terletak bersebelahan dengan pejabat Ketua Penyelia Jururawat di Lobi Utama.
Unit hasil berfunsi mengurus dan mengutip semua hasil kerajaan di hospital ini dari pelbagai sumber seperti kutipan pesakit dalam (in-patient), kutipan pesakit luar (out-patient), bayaran laporan perubatan (medical report), bayaran pemereksaan kesihatan (medical check-up) dan pelbagai bayaran lain yang dibenarkan.
Kaunter Daftar Masuk pula berfungsi sebagai tempat mendaftar pesakit masuk wad (In-patient) serta membuat kutipan hasil pesakit dalam yang discaj pada waktu rehat (1.00 tgh. - 2.00 petang) dari hari Isnin hingga Khamis. Pada hari Jumaat pula daripada jam 12.15 tgh. hingga 2.45 petang segala urusan pendaftaran masuk wad dan kutipan bil hospital akan di ambil alih oleh petugas kaunter di Jabatan Kecemasan & Trauma.
Unit ini menerima dan menguruskan pelbagai kutipan hasil supaya lebih bersistematk bagi meningkatkan pendapatan hasil hospital dengan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-
Hari
|
Waktu Operasi
|
|
---|---|---|
Isnin hingga Khamis
|
8.00 pagi - 5.00 petang | (termasuk 1.00 tengahari - 2.00 petang) |
Jumaat
|
8.00 pagi - 12.15 tengahari & 2.45 petang - 5.00 petang |
12.15 tengahari - 2.45 petang dan Selepas waktu pejabat sila berurusan di Unit Kecemasan & Trauma bagi urusan pendaftaran masuk wad dan bayaran bil hospital (pesakit discaj).
|
Pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum segala urusan pendaftaran masuk wad dan bayaran bil hospital bagi pesakit yang discaj boleh dibuat di kaunter Unit Kecemasan & Trauma seperti berikut :
Hari
|
Waktu Operasi
|
---|---|
Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
|
9.00 pagi - 5.00 petang & 5.00 petang - 12.00 malam |
© 2021 Hospital Alor Gajah :: Hospital Kluster Melaka :: Hospital Rakan Bayi