Sejarah
1906 - Hospital Alor Gajah dibina dengan mempunyai 1 wad iaitu 36 katil (6 untuk wad bersalin dan 30 untuk pesakit lelaki) dibawah jagaan 3 orang doktor.
1934 - Telah dilaporkan 66 kes antenatal telah dirujuk ke HAG dan 41 kelahiran telah dicatatkan.
1937 - HAG dibuka semula khas untuk pesakit TB kronik dari Hospital Melaka dan rawatan pesakit luar.
1973 - Bulan Jun, penempatan TB berakhir dan semua pesakit TB dipindahkan ke Pusat Batuk Kering Mambau, Negeri Sembilan.
1998 - 1 Mac, Wad Bersalin mula beroperasi dengan mempunyai 9 buah katil.
2000 - Mac, Penganugerahan Hospital Rakan bayi. Kuarters kakitangan yang baru telah dibina di Paya Datok.
2002 - Pensijilan MS ISO 9002
2006 - Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dipindahkan dibawah tanggungjawab HAG. Pengubahsuaian Jabatan Pesakit Luar. Ulangtahun ke 100 Hospital Alor Gajah.
2007 - Pembangunan hospital yang baru di Paya Datok telah diluluskan dibawah Rancangan Malaysia ke 9.
2008 - Kementerian Kesihatan telah meluluskan projek pembinaan Hospital Alor Gajah yang baru bertempat di Jalan Paya Datuk Alor Gajah Melaka bagi mengantikan Hospital Alor Gajah lama yang telah beroperasi semenjak tahun 1906 (lebih 100 tahun).
Perkembangan Hospital
Hospital baru ini dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kos RM110 juta. Pembinaan hospital baru dengan kapasiti 78 unit katil bermula pada 5 September 2008. Hospital ini telah dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan bedah, dewan bersalin, unit rawatan kecemasan. Selain daripada itu terdapat juga penambahan unit seperti Unit Forensik, Unit Bekalan Bahan Sterile (Suci Hama), Unit Rawatan Rapi dan Unit Rawatan Pengasingan (Isolation Ward). Pihak hospital telah berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dengan menggunakan peralatan yang sofistikated dan canggih. Hospital ini juga merupakan satu-satunya hospital dilengkapi penghawa dingin disemua wad.
Pada 18 Februari 2013 hospital ini telah memulakan operasi dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 29 April 2013.
Dengan adanya unit-unit baru ini dan bagi memenuhi keperluan yang mendesak, bilangan katil telah dinaikkan daripada 78 ke 95 unit katil bermula Januari 2016.
Bilangan katil rasmi sehingga kini sebanyak 106 katil.
© 2021 Hospital Alor Gajah :: Hospital Kluster Melaka :: Hospital Rakan Bayi