Unit Kejuruteraan ditubuhkan di bawah Seksyen Operasi Hospital, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (PSH) bagi Perkhidmatan Pendobian (LLS), Pembersihan (CLS), Pengurusan Sisa Klinikal (HWMS), Kejuruteraan Fasiliti (FEMS) dan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS) oleh Syarikat Konsesi (Medivest Sdn. Bhd.) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
Visi
Mengawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) serta memberikan perkhidmatan kejuruteraan secara profesional bagi memastikan kelancaran serta kesempurnaan operasi hospital.
Misi
Unit Kejuruteraan Operasi akan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan:
- Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti hospital, kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan, kebersihan, linen dan pelupusan sisa klinikal diurus dengan berkesan.
- Menjalankan pemeriksaan dan audit teknikal bagi semua sistem fasiliti hospital termasuk kemudahan asas dan awam.
- Memberikan khidmat nasihat teknikal secara profesional berkaitan dengan perkhidmatan kejuruteraan.
- Mewujudkan satu budaya kerja berpasukan dan bekerjasama di antara Unit Kejuruteraan di dalam Negeri Melaka dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Objektif
Memantau perlaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi perkhidmatan linen, pembersihan, pengurusan sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti, dan kejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi.
- Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan penggunapengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
- Memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah berterusan, cekap dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.
- Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal.
- Membantu menguruskan pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan.
- Memberi pendidikan dan latihan kepada pengguna bagi mempertingkatkan pemahaman tentang Perkhidmatan Sokongan Hospital.