Pengenalan
Unit Perkhidmatan Patologi diwujudkan untuk melakukan ujian-ujian makmal bagi mengenalpasti penyakit agar rawatan yang tepat dapat diberikan kepada pesakit. Ujian-ujian makmal yang dilakukan adalah menepati tahap kawalan mutu yang ditetapkan. Ini amat diperlukan bagi memenuhi matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan dan mengekalkan taraf hidup yang optima untuk individu, keluarga dan masyarakat.
Unit Perkhidmatan Patologi ini masih diletakkan pada Level II di mana ianya dikendalikan oleh Pegawai Sains
. Segala aktiviti adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kementerian Kesihatan dan Perintah Am yang berkaitan juga Polisi dan Dasar Kementerian Kesihatan Malaysia
Skop Perkhidmatan
- Memberikan perkhidmatan diagnostik / ujian Patologi dalam bidang Mikrobiologi, Serologi, Patologi Kimia, Hematologi dan Transfusi Darah.
- Memberikan perkhidmatan bekalan darah dan komponen darah.
- Memberikan pendedahan kepada penuntut dari institusi pengajian tinggi awam atau swasta berkaitan Perkhidmatan Patologi.
- Menyediakan perkhidmatan rujukan bagi klinik-klinik kesihatan Daerah Alor Gajah, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta rujukan lain yang berkaitan.
- Menjadi pusat rujukan bagi ujian Mikologi seluruh negeri Melaka (projek kluster negeri Melaka)